Monday, October 5, 2009

Titisan air mata Syawal.....

Kenangan bersama puteri kesayanganku Yasmin Hannani 7 tahun.



Bersama suami yang tercinta...yang cukup memahami situasiku sebagai anak sulong dan tunggal perempuan keluarga...syukran ya habibi....



Muaz Afifi dan Nukman Hafiy, dua org putera harapan keluarga ....



Kenangan mengusik perasaan........syawal menggamit seribu kenangan.

Ramadhan telah lama mengundurkan dirinya, kini Syawal menjelma semula. Terasa sedih di benak hati kerana terpaksa meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan dan ketenangan. Mungkinkah di tahun hadapan aku bisa bersua kembali menemuinya. Namun aku berharap tarbiyah Ramadhan yang ditinggalkan dapat menjadikan aku dan keluarga hambanya yang terus istiqomah dalam melaksanakan tuntutannya.
20 September 2009 yang lalu, Syawal kurai di kediaman orang tuaku. Memandangkan janji telah dimeterai bersama kedua orang tua untuk menjadi chef Syawal pada tahun ini. Kali ini urusan dapur terletak dibahuku memandangkan mak masih baru lagi sembuh dari penyakitnya, Aku berusaha menyiapkan lauk pauk yang menjadi tradisi kami sekeluarga. Jelas terpancar di wajah abah dan mak kegembiraan apabila melihat 3 orang cucu kesayangannya dapat meraikan pagi Syawal bersama-sama.
Selesai bersama keluarga di TSP aku sekeluarga pulang menziarahi keluarga mertua di Pontian...aduhai..manisnya kalau rumah mak ngan mertua tak jauh mana..syukur..tak perlu aku bermasam muka atau bergaduh manja nak tentukan giliran siapa...hehehe, inilah jodoh pilihan Allah. Semuanya ada hikmah.
Sebagaimana tahun2 yang lepas, tahun ini rumahku di Saujana menjadi tempat persinggahan saudara-mara yang datang menziarah...tak menang tangan dibuatnya. Tapi aku cukup seronok melayan tetamu..mudah2an ziarah ini pengerat ikatan kekeluargaan...

Saturday, September 12, 2009

Ramadhan vs Syawal.....

Suasana Syawal jelas terpancar pada kesibukan pusat membeli-belah di Plaza Kota Raya, Johor Bharu.

Kegembiraan di wajah-wajah mereka yang tak sabar berjalan sementara menunggu yang tersayang.


Petang semalam ( Sabtu ) adalah hari cuti bagi aku dan suami. Syukur alhamdulillah, semenjak masuk bulan Ramadhan , nasib baik segala aktiviti sekolah dapat ditangguhkan seketika. Sekurang-kurangnya memberi ruang bagi aku dan suami melalui serta menghayati nikmat Ramadhan bersama-sama keluarga yang tercinta. Paling tidak pun , diakhir Ramadhan ni, dapatlah kami memberi tumpuan pada amal-amal yang baik sebagai top-up masa-masa yang lampau.
Bercerita mengenai Ramadhan, tak meriah kalau tak dikaitkan dengan Syawal. Aku akur pada keadaan semasa, biarpun kita sibuk dengan Ramadhan, namun keinginan untuk membuat persiapan ketibaan Syawal tetap dirasai. Seperti yang dijanjikan, suami telah mengajak aku dan anak-anak membeli kuih-muih hari raya di Pusat IKS Simpang Renggam. Pada mulanya kami bercadang ke Azhar Food Center, tetapi selepas difikirkan kami bersepakat ke Simpang Renggam. Amboiii, meriah sungguh!Dah lama aku tak lalui situasi macam tu. Nasib baik Nukman tak meragam. Kami tiba jam 11.30 pagi. Cuaca masa tu agak panas, namun terubat dek melihat kemeriahan yang terdapat disana. Rata-rata kedai di sana menjual pelbagai kelengkapan juadah hari raya. Macam-macam ada. Rambang mata dibuatnya. Memandangkan aku dan suami telah membuat senarai semak kuih-muih yang hendak dibeli, lastly habis juga RM 150. Tapi aku puas hati kerana dalam jumlah sebanyak itu, aku dapat 5 jenis biskut yang aku rasa kalau disini dijual dalam linkungan RM 20 ke atas, 6 jenis kerepek, 2 jenis jeruk dan kek marble. Namun jauh di sudut hati aku, aku amat bersyukur kerana melihat bangsaku berjaya membuat perniagaan ini, sekurang-kurangnya dapatlah menambah pendapatan ekonomi negara, kerana kebanyakan pelanggan mereka adalah warga Singapura.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Johor Bhari. Niat dihati nak ke Plaza Angsana, tetapi memandangkan suami tidak suka melalui kesibukan di Angsana , kami ke Plaza Kotaraya. Plaza ini menyimpan banyak memori bagi aku kerana ketika masih menuntut di Maahad Johor, inilah tempat outing aku bersama teman-teman. Kota Raya juga masih ada peminat tersendiri. Tetap sibuk walaupun tidaklah sesibuk Angsana. Di sini aku bercadang nak cari alas meja ovul untuk meja makan aku. Susah nak dapat, lebih-lebih lagi citarasa aku adalah bunga kecil Inggeris. Akhirnya aku beli table runner walaupun corak bunganya tak sama dengan corak bunga yang aku dah pernah nampak di Angsana 2 minggu yang lepas. Aku juga tak lupa menambah sepasang lagi pakaian jalan buat Nukman. Dua orang anakandaku tu dah complete.Tunggu masa nak pakai. Cuma puteriku Yasmin, pada tahun ini aku tak belikan dia gaun labuh sebagaimana tahun yanglepas, kerana bermula tahun ini aku dan suami berazam mendidik Yasmin memakai baju kurung ketika berjalan bersama kami dan keluarga. Bagiku, dia nampak manis dan sopan. Anak....anak...anak.....

Friday, September 11, 2009

Bicara seorang guru.......

Hari ini masuk hari yang terakhir bagi anak-anak didikku menduduki UPSR bagi tahun ini. Aku tahu ada sedikit gentar dan gelisah bersarang di raut wajah mereka. Namun sebagai seorang guru, merangkap ibu bagi mereka , aku senantiasa mendoakan anak-anak didikku beroleh kejayaan, bukan sahaja kejayaan di dunia malah kejayaan di akhirat. Aku ingin mereka bisa menjadi kelompok modal insan yang mampu menyalurkan pemodenan tanpa mengenepikan islam sebagai panduan hidup.....mudah-mudahan.
Bila anak-anak tahun 6 ini menduduki peperiksaan, murid-murid tahap 1, dicutikan. hanya murid tahun 4 dan 5 yang akan hadir secara bergilir-gilir. Jadi, ketika ini aku agak lapang dalam membereskan segala tugasan sekolah yang memang tidak akan habis sehingga kepenghujungnya. Siapa kata tugas guru itu mudah? Tidak kira dia itu guru di sekolah rendah, maupun guru disekolah menengah.......amanah seorang guru itu cukup besar untuk dipikul. Guru bisa mendidik, mentarbiah seterusnya mencurah segala ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya. Justeru itu setiap guru itu perlu menjadi rolemodel yang terbaik buat anak didiknya. Alasannya? Rata-rata anak didik mudah mendengar kata guru berbanding kata ibu dirumah. Puteriku sendiri, bila guru kata begitu, begitulah yang akan dia ikut. Tetapi kalau mamanya kata begini, ada sahaja jawapannya. Itulah penangan seorang guru!
Berbalik kepada suasana sekolah yang cukup kondusif, tenang dan mendamaikan, aku berusaha keras menyiapkan segala bidang tugas yang sudah lama menanti untuk disiapkan secara berperingkat. Biarpun cara aku bertugas agak lambat pada firasatku, seperti seekor kura-kura, tetapi aku puas kerana tugas-tugasku dapat diselesaikan dengan mudah. Bermula dengan menanda buku-buku latihan kerja murid, mengemaskini fail panitia, membuat buletin, memantau keadaan bilik rawatan dan seterusnya musolla al-Firdausi...waduhhhhh!!!!! mampukah aku? Namun , bagiku satu, andai urusanku dengan Allah dapat kuberesi dengan sebaik-baiknya, insya Allah pertolongan Allah itu pasti datang.....dan yang sukar pasti menjadi mudah.
Namun dalam kesibukan tugasan sekolah, aku cuba untuk berlaku adil terhadap tugasanku sebagai seorang isteri dan ibu dirumah. Kerana itu semenjak anak-anak semakin membesar, aku seboleh-bolehnya akan cuba untuk tidak membawa tugasan disekolah ke rumah. Walaupun kadang-kala bawa juga...tapi bergantung kepada mana yang lebih utama untuk disiapkan.Aku mengerti bahawa anak-anakku juga memerlukan perhatian serta sokongan pembelajaran dari mama mereka. Memang ada sesetengah teman mengatakan tidak sempat menjenguk perkembangan pelajaran anak-anak kerana terlalu sibuk dengan tugasan mendidik anak-anak disekolah, malah ada yang mengatakan tawakal sajalah...insya Allah , Allah akan tolong anak kita sebagaimana kita mendidik anak-anak didik disekolah. Aku tidak mahu memberi komentar terhadap pendapat ini, kerana ini adalah sebahagian daripada prinsip hidup mereka.....yalah, buat baik pasti dibalas baik......Tetapi bagiku, tidak salah kalau aku menambah perkataan Usaha disebalik kata-kata tawakal.....mudah-mudahan hasilannya lebih baik dari yang baik.....insya Allah.

Saturday, August 22, 2009

Al- Firdausi........

Baru-baru ni aku "mengah " bila mengejar masa , mencari idea untuk memurnikan lagi musolla sekolah. Alhamdulillah, berkat kerjasama teman-teman sealiran, seperti wonderpets...akhirnya musolla yang dulunya suram, kelam...semakin bersinar dan tenang.....
Kesibukan aku beberapa minggu menyebabkan aku tak dapat duduk diam...sian syida..sunyi jek takder aku..hehehehe. Ok teman-teman...jom kita wat lawatan rasmi ke surau Al-Firdausi ni.
Ok...gambar didinding tu hasil seni tanganku yang memang tak berseni.........aku tak suka wat mural..tapi tak taulah camner boleh terconteng kat dinding tu...cukup yg ini terakhir bagiku!


Panorama luar musolla, hasil sentuhan kami bersama.....


Sudut cermin diri dan bahasa arab.....


Laman ilmu juga diwujudkan di musoola ini........


Ahlan wasahlan ke musolla al- Firdausi , SKTu 3...


kalam jamaie .....pencetus keyakinan diri.

Inilah pengalaman pertama Hanan setelah mula bersekolah di SKTU3 . Mengikuti persembahan kalam jamaie dibawah pimpinan guru-guru j-Qaf sekolah. Syukur, pada saringan pertama, kumpulan Nur kasih ini, berjaya menempatkan diri ke peringkat daerah yang diadakan di SK Bukit Mewah. Walaupun di peringkat seterusnya, anak-anak ini tidak mendapat tempat......tetapi bagiku Syabas!!! kerana mereka berjaya menanam sifat yakin dan tekun dalam diri mereka. Insya Allah tahun hadapan kita berjihad lagi.........


Hanan dan bestfriendnya..... abida arisya.



Pencetus revolusi nasyid....heheheheh


Saturday, May 23, 2009

kau tetap di hatiku......mak.


31 tahun sudah aku menikmati kehidupan yang penuh warna-warni......
kalau bukan dari perutmu mak...aku takkan bahagia melalui ranjau kehidupan yang penuh suka dan dukanya......
mak, sambutan hari ibu, masih lagi terasa kehangatannnya....biarpun tahun ini aku agak lewat meraikannya bersamamu...namun bukan bererti kasih dan ingatanku padamu terlupus sudah...
bagiku mak...setiap hari, detik, saat dan waktu adalah hari ibu.....hari bersamamu!
Aku ingin berkongsi suka duka pengorbanan seorang ibu bersama teman2 sekalian.......
Aku masih ingat cerita mak bagaimana pahit, susah dan sengsaranya mak mengandung, melahir dan menjagaku......
Aku juga masih ingat, tatkala aku kecil..orang yang paling aku rapat adalah mak...
bila aku mula melalui alam persekolahan mak insan pertama yang teruja menyediakan kelengkapan aku....
bila aku tak pandai baca..maklah oarang yang paling susah hati...ingat lagi bagaimana mak sediakan pisau, agar aku boleh menghafal sifir 2 di usia 6 tahun...ketakutan itu menyebabkan sehingga sekarang sifir 2 dan seterusnya..kekal dalam ingatanku mak.
Aku ingat lagi, bila aku demam...mak orang yang tak kan tido malam...bersengkang mata...menukar lapik tuala agar badan aku sejuk....
Aku ingat lagi, bila aku kecewa kerana kegagalan...aku akan cari mak nak luahkan segalanya...
Aku ingat lagi bila aku mula mengenal dunia remaja....mak jadi perunding imejku...mak idolaku......
Aku ingat lagi, bila aku di luar negara.....maklah orang yang tak putus2 berdoa untuk kejayaanku...dan aku ingat lagi....bila aku beroleh kejayaan...MAKlah orang pertama yang aku beritahu...semuanya kerana mak....
Kini,
Aku juga sudah bergelar seorang "mama"..
baru aku tahu apa itu pengorbanan sebenar..
baru aku tahu bukan senang mendidik dan menjaga anak2...
baru aku tahu betapa susah hatinya bila anak nak ambil pereksa..
baru aku tahu pahitnya menjaga anak yang sedang sakit..
baru aku tahu penatnya menjadi suri, ibu dan guru...
baru aku tahu...patutlah syurga itu dibawah telapak kaki ibu...biarpun suami bertakhta dihati,namun jasa, kasih dan sayang pada ibu...usah terkubur begitu....
Kini,
Aku yakin, membahagiakan ibu walaupun suami dihati...
tak tercuit walau sedikit pun..apa yang penting..
aku belajar..
untuk menjaga hati mak..
membahagiakannya selagi hayat masih ada..
belajar menyelami kehidupan berumahtangga sendiri..
tanpa menyusahkannya walau sedikit..
aku mahu..
mak tahu apa yang gembira dihatiku..
biar duka kusimpan kemas..
walaupun aku tahu...
ganjaran yang kuberikan tidakkan terbayar semua pengorbananmu mak....pengorbanan yang kau berikan secara percuma...
tanpa bayaran sesen pun....
kerana aku mahu...
Allah mengurniakan kepadaku..
cahaya mata yang bisa mengerti..
pengorbanan seorang IBU.........
Mak, kau tetap dihatiku...walaupun suami beraja dijiwaku.......
Along SAYANG Mak!

Wednesday, May 13, 2009

Happy birthday my little cute baby......


Inilah birthday boy yang happy sangat nak sambut ulangtahun kelahiran pertamanya.....
Sebagai seorang mama...aku rasa sungguh teruja...rasa macam sekelip mata Nukman dah besar...heheheh, bak kata syidah bleh tambah adik dah......apa yang penting, sungguh cepat masa berlalu.........dan yang berlalu takkan berpatah balik...yang tinggal, memori sebagai kenang-kenanagan.......

Hmm, gambar ni mama ambil time Nukman kekenyangan......Hmmm, tdo dalam iman ya sayang?



Birthday Nukman ni, memang disambut kat umah nenek...meriah gitu...nampaknya abg Muaz tak sabar2 nak potong kek ya.....hari tu, abah yang sponsor......kek dan mcm2 tu sumer...thanks yang.


Juadah yang enak sblm. dihabiskan oleh tentera2 yang sedang kelaparan....


Ni kek Nukman...fresh cream, strawberry......


Inilah wajah ceria Nukman hafiy yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama pada 03/05/09 yang lalu......Alhamdulillah..syukur kupanjatkan kepadaNYA kerana diberi peluang untuk meraikannya. Nukman sekarang dah dapat lesen L......Hehehe..seronok tengok dia berjalan...







Memories....