Thursday, November 19, 2009

sepetang di Pulai Spring Resort.




Sukar untuk aku menyatakan gelodak hati yang sedang bersarang.....segalanya bercampur aduk...ada suka , ada duka. Ya, benarlah kalau sudah tersurat, bahawa 2009 adalah tahun terakhirku di daerah ini. Aku gembira kerana impian untuk mengajar didaerah baru ini tercapai. Aku sedih kerana di sinilah aku mengenal segala-galanya dunia pendidikan......yang penuh cabaran, kritikan dan berkongsi keseronokan, akan kutinggalkan. Tapi kata orang tanpa penghijrahan kita tidak bisa mencorak kejayaan.
Sudah menjadi resmi alam, setiap yang bernyawa, pasti akan kembali kepenciptanya, setiap yang hilang akan ada penggantinya, setiap pertemuan juga pasti ada perpisahannya....Aku terima segalanya sebagai ketentuan daripada yang maha esa. Bukan mudah untuk aku meninggalkan SKTU3 yang banyak mendidik aku menjadi insan yang sabar, belajar berdikari, menghargai hati budi..dan disnilah aku kenal : rakan , teman, dan sahabat......bukan mudah mncari kawan dikala susah...satu dalam seribu...tapi mncari kawan dikala senang...mudah sekelip mata, inilah namanya manusia..yang punya kelebihan dan kekurangan.......

Memories....