Saturday, September 12, 2009

Ramadhan vs Syawal.....

Suasana Syawal jelas terpancar pada kesibukan pusat membeli-belah di Plaza Kota Raya, Johor Bharu.

Kegembiraan di wajah-wajah mereka yang tak sabar berjalan sementara menunggu yang tersayang.


Petang semalam ( Sabtu ) adalah hari cuti bagi aku dan suami. Syukur alhamdulillah, semenjak masuk bulan Ramadhan , nasib baik segala aktiviti sekolah dapat ditangguhkan seketika. Sekurang-kurangnya memberi ruang bagi aku dan suami melalui serta menghayati nikmat Ramadhan bersama-sama keluarga yang tercinta. Paling tidak pun , diakhir Ramadhan ni, dapatlah kami memberi tumpuan pada amal-amal yang baik sebagai top-up masa-masa yang lampau.
Bercerita mengenai Ramadhan, tak meriah kalau tak dikaitkan dengan Syawal. Aku akur pada keadaan semasa, biarpun kita sibuk dengan Ramadhan, namun keinginan untuk membuat persiapan ketibaan Syawal tetap dirasai. Seperti yang dijanjikan, suami telah mengajak aku dan anak-anak membeli kuih-muih hari raya di Pusat IKS Simpang Renggam. Pada mulanya kami bercadang ke Azhar Food Center, tetapi selepas difikirkan kami bersepakat ke Simpang Renggam. Amboiii, meriah sungguh!Dah lama aku tak lalui situasi macam tu. Nasib baik Nukman tak meragam. Kami tiba jam 11.30 pagi. Cuaca masa tu agak panas, namun terubat dek melihat kemeriahan yang terdapat disana. Rata-rata kedai di sana menjual pelbagai kelengkapan juadah hari raya. Macam-macam ada. Rambang mata dibuatnya. Memandangkan aku dan suami telah membuat senarai semak kuih-muih yang hendak dibeli, lastly habis juga RM 150. Tapi aku puas hati kerana dalam jumlah sebanyak itu, aku dapat 5 jenis biskut yang aku rasa kalau disini dijual dalam linkungan RM 20 ke atas, 6 jenis kerepek, 2 jenis jeruk dan kek marble. Namun jauh di sudut hati aku, aku amat bersyukur kerana melihat bangsaku berjaya membuat perniagaan ini, sekurang-kurangnya dapatlah menambah pendapatan ekonomi negara, kerana kebanyakan pelanggan mereka adalah warga Singapura.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Johor Bhari. Niat dihati nak ke Plaza Angsana, tetapi memandangkan suami tidak suka melalui kesibukan di Angsana , kami ke Plaza Kotaraya. Plaza ini menyimpan banyak memori bagi aku kerana ketika masih menuntut di Maahad Johor, inilah tempat outing aku bersama teman-teman. Kota Raya juga masih ada peminat tersendiri. Tetap sibuk walaupun tidaklah sesibuk Angsana. Di sini aku bercadang nak cari alas meja ovul untuk meja makan aku. Susah nak dapat, lebih-lebih lagi citarasa aku adalah bunga kecil Inggeris. Akhirnya aku beli table runner walaupun corak bunganya tak sama dengan corak bunga yang aku dah pernah nampak di Angsana 2 minggu yang lepas. Aku juga tak lupa menambah sepasang lagi pakaian jalan buat Nukman. Dua orang anakandaku tu dah complete.Tunggu masa nak pakai. Cuma puteriku Yasmin, pada tahun ini aku tak belikan dia gaun labuh sebagaimana tahun yanglepas, kerana bermula tahun ini aku dan suami berazam mendidik Yasmin memakai baju kurung ketika berjalan bersama kami dan keluarga. Bagiku, dia nampak manis dan sopan. Anak....anak...anak.....

3 comments:

Ravishing In Red said...

seronoknyer gi bershopping cik ustazah kita nie...time raya nie mmg anak2 diutamakan kekdg emaknyer yg berlebih2 hahahah excited kan...nak bunga inggeris ya..mai dtg sini...byk sesgt..sampai rambang mata...selamat hari raya...

mama hannan..... said...

thanks kak gjue coz menjadi peminat setia Diary hati mama.....ya ker byk...kot2 kat sana ader apa koleksi brgan ala inggeris yg bunga kecik2....amik gmbar n survey harga ya...kotlah bleh saya kirim...jazakallah....

Ravishing In Red said...

nanti kalu gi jejalan lg ambik gambar ya....skrg nie byk dok kat umah ajer coz my son dah sekolah...homework pun byk so kurang cikit aktiviti jalan tapi ibunyer tetap cama...manghabiskan masa ngan window shopping hahaha...cari brg projek dorang la...pening ibunyer nie...

Memories....