Saturday, November 2, 2013

Alf- Mabruk buat " Teman Sejatiku ......."

7 hb Mei 2013.......Selasa.....


Manisnya saat2 itu....apabila teman sejatiku akhirnya berjaya menyarung jubah merah, melangkah dengan penuh rasa syukur, mengenggam segulung ijazah sarjananya ditemani alunan gamelan yang sangat merdu melodinya...... Tahniah abang.....akhirnya pengorbanan abang,pengorbanan  mama, berakhir dengan sebuah kejayaan.....
     Kejayaan ini memang layak buatmu.....kesungguhan abang melalui perit getir ke kuliah setelah tamat tugasan disekolah......berkorban masa dan tenaga.......berkat doa kedua bonda dan ayahanda...akhirnya cita2mu terlaksana diperkenan yang esa........
    Semoga kejayaan abang, menjadi pendorong buat mama, dan anak-anak.......Doa kami, moga abang berjaya melangkah sekali lagi untuk perjuangan seterusnya...... Love u my sweetheart.....


Sunday, October 27, 2013

Sudah lama rupanya......

Fuhhhh.......mana nak mula ya? Uhuk...uhuk....terbatuk-batuk saya dibuatnya.....manakan tidak...sudah berlapuk dan berhabuk rupanya "rumah" ini. Masa, oh masa...itulah alasan saya......huhuhu.......
      2013, terlalu banyak peristiwa yang berlaku....namun apa yang pasti, Febuari 2013, menguji kesabaran, kekentalan jiwa dan raga saya sekeluarga..... Abah warded....kenapa ya? Hanya kerana demam.....berpanjangan sehingga ke tahap yang paling kritikal..... Hanya pada Allah tempat saya mengadu disaat itu.....pada siapa lagikan? Ketika itu nyawa abah ibarat "telur dihujung tanduk"....untuk pasrah begitu...saya tidak mampu......disaat itulah, kekuatan dalaman itu hadir......bermunajat dan mengharapkan sesuatu yang ajaib akan berlaku pada abah........Hampir 3 minggu kami berkampung di Hospital KPJ Abdul Samad....bukan kerana kaya, abah kami hantar ke sana, tetapi syukur...abah mempunyai saving insuran untuk dirinya apabila berlaku kecemasan seperti ini......
       Dua minggu saya tidak boleh menjenguk abah......bermula ketika abah di wad biasa sehinggalah apabila abah dimasukkan ke wad ICU.....waktu itu, jiwa saya meronta-ronta untuk bertemu abah! Dalam adik beradik saya, hanya saya yang tidak diizinkan untuk berjumpa abah. Derhakakah saya? Hoohoho........jangan buat sebarang spekulasi sebelum habis membaca coretan saya ya..... Semuanya gara-gara chicken pox yang menyerang saya...... mungkin kalin tersenyum, bila dalam usia 35 tahun ni saya diserang penyakit ini...tapi semuanya ini telah direncanakan oleh yang maha agung...siapalah kita untuk mengelaknya.......
         Demam abah yang panjang berpunca daripada kewujudan batu karang dipundi hempedunya. Tak sangka, penyakit abah itu berulang kembali...kali ini  paling teruk, sehingga abah demam melepasi tempoh seminggu. Apabila di diagnosis, rupa-rupanya batu karang abah sudah membesar, sebesar batu kerikil......bayangkan kesakitan yang abah tanggung selama ini. Rentetan daripada masalah itu abah perlu menjalani pembedahan dengan segera. Syukur, pembedahan pertama abah berjalan lancar...dan abah nampak seakan ceria ketika itu.
         Namun, panas yang kusangkakan ke petang, hujan ditengah hari.....belum sampai seminggu.....keadaan abah agak merosot kesihatannya. Abah tak lalu makan, perut abah membusung besar, seolah-olah kembung....dan malam yang penuh kritikal, abah sesak nafas secara tiba-tiba sehingga memerlukan bantuan oksigen. Serta merta abah dipindahkan ke unit rawatan rapi. Saya tidak berada di hospital ketika itu......panggilan kecemasan jam 3 pagi daripada uda mendebarkan jantung saya. Semalaman saya tak bisa melelapkan mata. Dada terasa terlalu sesak seolah2 sukar bernafas. Mungkin saya terlalu tertekan ketika itu.
          Keesokannya, selesai solat subuh dan menghantar anak2 ke sekolah, saya bergegas ke hospital.Abah perlu di bedah untuk kali yang kedua.Syukur, saya masih lagi mempunyai cuti chicken pox saya. Bagai telah diaturkan oleh yang esa...segalanya berjalan lancar. Kelibat abah saya pandang semasa abah ditolak ke dewan bedah. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Bilik menunggu yang sejuk, tidak lagi terasa sejuknya. Fikiran saya menerawang teringatkan abah. Satu persatu momen2 indah saya bersama abah berputar2 di kotak fikiran. Air mata tidak terahan lagi.....bagai empangan yang telah pecah. Wajah mak, tidak mahu saya pandang.....takut bertambah sedih benak hati yang sememangnya sedang menanggung kesedihan yang amat sangat. Namun, bacaan yasin, zikir dan doa tak putus2 keluar daripada mulut saya mengiringi abah yang sedang berjuang untuk hidup ketika itu......dan akhirnya..syukur, operasi abah berjalan lancar dan mudah. Rupanya abah mengalami kebocoran usus besar yang memerlukan jahitan. Syukran ya Allah kerana memudahkan urusan kami.
             Bermulalah rutin saya menjaga abah beberapa hari....malah hari yang bertambah mnjadi minggu...kepenatan selesai bekerja saya letak ketepi...syukur alhamdulillah......suami seorang yg sangat2 memahami...memberi keizinan saya bermusafir sendirian, kadang-kala berteman si kakak atau nukman....suami kuminta menjaga sikecil dan muaz...itulah pengorbanan yang perlu saya lalui.....tidak terbayar dengan pengorbanan abah menjaga saya selama ini.....tidak...tidak mampu saya melunaskannya.......
             Ujian yang Allah kurniakan ini menjadikan saya seorang yang kuat.....kadang-kala kita rasa sedih bila Allah uji sebegini....namun apabila ketenangan itu hadir, saya tahu saya mampu laluinya...benarlah...ujian Allah bersesuaian dengan kemampuan hamba2nya....oh, sayangnya Allah pada kita ya...... buat teman2, saat itu, saya merasakan bahawa saya akan kehilangan lelaki yang pernah berbakti kpd kami selama ini...rupa2nya aturan Allah sangat indah dan cantik......hubungan kami adik beradik semkin rapat dan baik....biarpun selama ini kami sentiasa berhubung, namun kesibukan tugas...kadang-kala masing2 terpaksa mnyepi buat seketika....namun Allah aturkan kemanisan ini...dan saya bersyukur...doa saya diterimaNYA kerana saya masih lagi dapat berbakti kepada abah dan mak.......

Tuesday, June 18, 2013

Oh...mama sakit mata dan anak2 domam.....



Assalamualaikum.....

Syukur, diuji lagi dengan sakit mata. Sebelum tu, anak-anak  diserang demam.....berturut2 macam keretapi. Bermula daripada Nukman, Muaz, en. Hubby, kakak Hanan dan Auni yang paling lama. Masuk dua minggu.....terpaksa juga bawa jumpa daddynya di PSH ( Dr. Ismail Haron ).....check-up, rupa2nya dak Auni ni demam sebab infection ditelinganya.....Hmm, rasa2nya first time dengar....doktor beritau mama, puncanya adalah selsema.....so mama-mama  kat luar sana , kalau baby anda selsema, jangan ambil remeh ya..... sebab hanya kerana selsema, boleh membawa kepada jangkitan gegendang telinga. Namun, alhamdulillah, selepsa makan ubat Dhamol, Zinnat, Sterimar dan beberapa ubat lagi, dengan izin Allah, puteri mama bertambah sihat.....semakin keletah....aduhai adik!

Lepas adik, mama......biasalah...bila mama selesai menjadi nurse di rumah, akhirnya mama demam+selsema. Paling teruk mama diserang migrain dan........paginya, oh tidakkkkkkkk!!!!!!!!! Mataku menjadi merah......nasib baik mama ni spectacle orangnya......hari Jumaatnya masih lagi ke sekolah, manalah tau, bukan sakit mata...masih mengharap mungkin allergik habuk atau sebagainya. namun balik sekolah masih lagi merah dan bertambah merah.....so, pergilah menghadap doktor Amir kat klinik Permata......'' A ah kak...akak sakit mata ni........ esok saya kasi mc ya kak....." Hoooraaayyyyyyy......( tak hoooray pun) takder makna kalau cuti dengan sakit.....apapun mama terima, redho, dok fikir2 jugak, apalah dosa mama ni ya.....hmmm, takperlah bukankah sakit ni penghapus dosa? Itu tanda Allah masih sayang kat kita.....Dalam sakit2 mata tu, sempat jugak search maklumat berkaitan sakit mata...huhu...meh baca sama2 ya.....



Pengenalan

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan, jangkitan bakteria dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.

Tanda dan gejala.

Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah mata merah, discaj atau pengeluaran cecair atau lender dari mata, mata terasa pedih dan kadangkala gatal serta sensitif terhadap cahaya. Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.

Komplikasi

Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.

Rawatan

Rawatan adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali sehari, disamping penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap antibiotik diberikan. Sementara konjunktivitis alahan boleh dirawat dengan ubat titis antihistamin atau ubat titis "mast cell stabilizer".

Pencegahan

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis

Maka, langkah pencegahan yang paling penting adalah dengan membasuh tangan. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata. Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik. Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu. Dinasihatkan mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain














Memories....