Monday, October 12, 2009

Raya..raya...raya lagi....

Masih belum lewat rasanya menyambung kembali cerita raya bersama keluarga dan teman-teman. 2009 bagiku cukup bererti. Dengan kunjungan rakan taulan, anak2 didik serta saudara-mara terdekat maupun yang jauh. Cukup beerti bagiku!

Seminggu cuti raya aku dan suami menghargai cuti itu dengan menziarahi keluarga di Muar. Bermula di Kundang-Ulu sehinggalah tamat di Labis. Jauh...tapi menghiburkan. Anak2ku orang paling sibuk dan gembira...masakan tidak, mereka tidak akan kenal kampung, kalau tak balik ke Muar. Yalah, atok dan nenek kedua2 pihak semuanya duduk di taman....kira balik tamanler..bukan balik kampung.Biarpun perjalanan itu memenatkan...namun bagi anak2 ku itulah pengalaman paling berharga dalam hidup mereka......Setiap kali nak sampai ke rumah saudara-mara yg kuziarah, pasti akan kuingatkan Muaz dan Hannan " bila beraya, jgn mengharapkan duit raya ". Bukan apa, biarpun itu lumrah anak2 kecil, tapi aku mahu mereka terdidik bahawa bila tiba syawal, kita kena ziarah orang.....duit raya, imbuhan kemudian...syukur mereka mengerti. Tapi bagi Muaz, duit raya tak penting, yang penting dapat minum air, dan makan kuih raya......Hannan pula sudah mula matang. Sudah faham apa kehendak mamanya...Syabas anak2ku...Teruskan usaha anda.

Tempoh seminggu raya itu juga digunakan sepenuhnya buat ex anak2 didik suamiku untuk menziarahi kami sekeluarga.Kunjungan yang melebihi 20 orang ke atas, betul2 buat aku kalut. Maklum, keletihan beraya di Muar belum pun habis, tetapi demi memenuhi tetamu2 yang hadir, aku berusaha menyediakan yang terbaik buat mereka. Pagi2 aku dan suami dah bergaduh dengan kuali untuk menggoreng mee. Menjadi adat budaya orang bugis, kalau ada tetamu, tak sah kalau tak sediakan menu2 berat.....aku dah terbiasa...adat orang bugis dah sebati dalam darahku..biarpun aku ini anak jawa..maklum, mungkin didikan keluarga mertua.Esoknya pula anak2 didik suamiku di Tingkatan 5 pula. Dengan jumlah yang hampir sama, tetapi menu yang berlainan...kali ini, mee rebus. Special sikit...bukan apa, yang ini aku dah bersedia awal.Apapun, aku cukup seronok bila murid2 tu datang beraya. Anak2 remaja sekarang..enjoy sungguh.....sikap keterbukaan cukup jelas.Keriuahan dan sporting mereka mengingatkan aku pada kenangan semasa menjadi pendidik di SM Skudai sekitar 2002-2004. Aduhai masa, cukup lama meninggalkan aku yang terlupa...sedar tak sedar anak2 didikku dulu yang paling tua sudah pun menginjak ke Institut pengajian tinggi....sudah tua rupanya aku......hehehehe.

Sebagai penutup cuti raya, aku dan suami serta keluarga mertua menziarahi saudara-mara di Pasir Gudang. Memang aku palingg tunggu. Sebab apa? Makcik Ita ( makcik suamiku ) memang sporting. Dia memiliki minat yang sama macam aku.....hobi yang hampir sama.....citarasa yg juga sama......kami selalu bertukar2 pendapat.....pantang jumpa ada saja idea nak dikongsi untuk menata rias teratak kami. Cik Ita meminati konsep Inggeris....itu yang aku cuba tonjolkan di kediamanku...biarpun tak seratus peratus.....tapi bolehlah..walaupun kalau korang kata tak boleh, aku tetap kata bolehlah! Dan esoknya, sekali lagi aku , suami dan Nukman ke Muar. kali ini kami ke Bakri. Rumah kawan suami. Mak aiii...macam istana rumah dia...naik segan aku nak masuk...cantik banget......mesti modalnya pun ratusan ribu. Suami dan sani ada urusan kerja yang perlu mereka bereskan bila tibanya naik persekolahan selepas cuti raya...mudah2an kalian berdua beroleh kejayaan..... Buat suami yang cukup bertimbang rasa, sudi melayan karenahku sepanjang hari raya, biarpun aku tahu ketika itu dia cukup " tertekan " dengan tugasan dan harapannya, tapi dia masih mampu memenuhi tuntutan sebuah persaudaraan fillah...Lela doakan abang berjaya dengan cemerlangnya dalam proses peningkatan kerjayamu sebagai seorang pendidik..mudah2an setiap kesusahan yg kita lalui dengan sabar, akan diganjarkan dengan kejayaan sebagai pengubat...amin.

Monday, October 5, 2009

Titisan air mata Syawal.....

Kenangan bersama puteri kesayanganku Yasmin Hannani 7 tahun.



Bersama suami yang tercinta...yang cukup memahami situasiku sebagai anak sulong dan tunggal perempuan keluarga...syukran ya habibi....



Muaz Afifi dan Nukman Hafiy, dua org putera harapan keluarga ....



Kenangan mengusik perasaan........syawal menggamit seribu kenangan.

Ramadhan telah lama mengundurkan dirinya, kini Syawal menjelma semula. Terasa sedih di benak hati kerana terpaksa meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan dan ketenangan. Mungkinkah di tahun hadapan aku bisa bersua kembali menemuinya. Namun aku berharap tarbiyah Ramadhan yang ditinggalkan dapat menjadikan aku dan keluarga hambanya yang terus istiqomah dalam melaksanakan tuntutannya.
20 September 2009 yang lalu, Syawal kurai di kediaman orang tuaku. Memandangkan janji telah dimeterai bersama kedua orang tua untuk menjadi chef Syawal pada tahun ini. Kali ini urusan dapur terletak dibahuku memandangkan mak masih baru lagi sembuh dari penyakitnya, Aku berusaha menyiapkan lauk pauk yang menjadi tradisi kami sekeluarga. Jelas terpancar di wajah abah dan mak kegembiraan apabila melihat 3 orang cucu kesayangannya dapat meraikan pagi Syawal bersama-sama.
Selesai bersama keluarga di TSP aku sekeluarga pulang menziarahi keluarga mertua di Pontian...aduhai..manisnya kalau rumah mak ngan mertua tak jauh mana..syukur..tak perlu aku bermasam muka atau bergaduh manja nak tentukan giliran siapa...hehehe, inilah jodoh pilihan Allah. Semuanya ada hikmah.
Sebagaimana tahun2 yang lepas, tahun ini rumahku di Saujana menjadi tempat persinggahan saudara-mara yang datang menziarah...tak menang tangan dibuatnya. Tapi aku cukup seronok melayan tetamu..mudah2an ziarah ini pengerat ikatan kekeluargaan...

Memories....