Tuesday, June 19, 2012

Auladina....

Assalamualaikum.......

Sudah 6 bulan 2012 membuka tirainya......mama masih lagi sibuk dengan rutin harian yang semakin bertambah...Ya Allah, berikan mama satu kekuatan dalam melalui detik-detik dan saat-saat itu sebagai satu ibadah kepadaMU. Begitulah resam hidup manusia, tidak akan beres kerja selagi hayat masih lagi bernyawa, walhal kalau telah memejamkan mata , ia tidak bermakna kita akan rehat selama-lamanya.
    Mahu bermula daripada mana, mama pun tidak tahu....bagi mama setiap saat-saat yang dilalui adalah detik-detik terindah dalam kehidupan yang dilalui, kerana masa itu tidak akan berpatah balik.Semuanya akan menjadi kenangan yang amat bermakna, sama ada manis atau sebaliknya.

 
Semenjak dianugerahi 4 permata hati yang meningkat naik, tugas mama semakin bertambah. Iman dan kesabaran mama juga diuji......memang, beginilah agaknya yang bonda mama lalui ketika membesarkan  kami lima beradik. Mereka lahir daripada bonda yang satu,berkongsi  benih yang sama, bersemayam di rahim yang juga  sama...namun indahnya ciptaan Allah, mereka lahir dalam keadaan individu yang sangat berbeza, paras rupa, emosi, karekter  dan segalanya. Variasi yang pelbagai inilah menjadikan mama semakin ligat mencari sesuatu agar khalifah kecil mama ini dapat membesar dengan baik, cemerlang, soleh dan solehah. Ya Allah, sesungguhnya mama tidak kuat melalui keseorangan, mama perlukan bantuanmu, didikanmu, sokonganmu, kerana mama yakin, sesungguhnya Allah mahu memberi sesuatu yang sangat berharga buat mama. Mama mengharapkan, suatu hari nanti, putera puteri mama dapat membaca coretan hati mama. Menyelami perasaan mama, mama mahu kalian tahu, bahawa mama sangat2 menyayangi kalian lebih daripada nyawa mama sendiri. Tidak ada bonda yang mahu melihat anak yang dikandungnya pincang dipertengahan jalan, alpa dengan kenikmatan dunia, lolos dengan kesibukan masa......justeru itu, setiap bebelan mama adalah tarbiyah, setiap cubitan mama adalah cinta, setiap nasihat mama adalah kasih dan sayang. Hanya satu wahai anak2 mama ( yasmin, muaz, nukman dan auni ), mama mahu kalian jadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat, soleh dan solehah yang dapat membantu mama dan abah apabila kami tiada  kelak........
      

Memories....