Friday, November 19, 2010

Dunia remaja hanya sekali.....

Assalamualaikum...

Selamat bercuti buat seluruh anak2 didik yang dikasihi serta warga guru bagi sesi persekolahan 2010. Mudah-mudahan cuti yang ada, dimanfaatkan dalam mencari hiburan yang diredhoi serta berusaha memperbaiki diri. Itulah namanya hamba yang dirahmati....

Bila dah masuk cuti, tangan mula menggatal melihat FB yang kadang2 dibuka, maklum mengikut kesempatan masa. Bila dah berkerjaya dan berkeluarga, macam2 kekangan yang harus dilalui dan semestinya adalah kos lepas...mana mungkin kita mampu mengurus semuanya. Inilah dia kelemahan manusia. Sempat juga saya meninjau gambar2 anak2 didik yang kini semakin meningkat remaja. Aduhai.....saya rasa sedih sangat. Kenapa ya?

Anak saya yang sulong bertanya : Ma, kenapa dia pakai macam ni? Mama dia tak marah ker? Apa perlu saya jawab? Senang saja, saya jawab : Bila besar, kalau kakak pakai macam ni, lepas tu mama nampak dalam mana2 blog atau Fb, balik asrama je mama rotan! Sempat pulak dia menepis : Kenapa mama nak rotan? Jawabku ringkas : Sebab kakak tak tutup aurat, sblum Allah Sebat, biar mama sebabt kakak dulu......

Bila saya melihat gambar2 ini, saya terkenang pada memori 22 tahun yang lepas. saya juga pernah tinggal di sebuah asrama. kalau dah nama asrama, macam2 gaya manusia yg bakal kita jumpa. Biasalah, bila akhir tahun, pasti ada jamuan akhir tahun yang akan dijalankan di dorm. Kira ikut kreativiti memasinglah. Time tu tengah muda, macam2 kita buat, berposing sakan dengan gaya macam2. Buat macam2 aktiviti pun ada. Tapi masih lagi terbatas kesemuanya.

Begitu juga ketika menuntut di luar negara. saya memang suka bergambar.Bagi saya, setiap detik bersama kawan2 adalah kenangan. Ketika itu adalah gambar yang tutup dan tidak menutup aurat. Tapi, bila tahun akhir, kami akan buka album sama2. Gambar2 yang togel tanpa bertudung, kami pakaikan tudung, atas alasan : nanti bila suami korang tengok gambar ni, taklah berdosa.....bijak sungguh idea kakak senior tu.

Apapun, bagi saya tidak menjadi kesalahan bagi remaja2 untuk berhibur, tapi ada syarat dan batasnya. Saya bukanlah seorang yang terlalu mengongkong atau "syadid" . Apapun yang agama kita suruh dan larang, semuanya ada kebaikan untuk diri dan masyarakat islam umumnya. Buat anak2 didik ustazah, pastikan bila kalian berhibur, pilih hiburan yang tidak melalaikan. Jangan mudah mengikut budaya barat. Aurat, peliharalah, walaupun kita sesama perempuan, kita masih ada batas yang perlu dijaga. Kita juga hidup dalam masyarakat melayu yang menitik beratkan tentang norma kesusilaan dan kesopanan. Tak salah nak melaram, pastikan gambar itu disimpan sebagai koleksi peribadi sahaja. Usah di jaja sehingga seluruh mata yang bukan mahram dapat melihat kamu. Setiap mata yang melihat aurat kamu , setiap kali itulah doasa kamu akan bertambah!

Saya tahu, dunia remaja hanya sekali...ia tidak akan berputar kembali. Cetusan saya ini adalah cetusan dari hati seorang guru dan ibu. Saya juga punya anak perempuan. kadang2 takut bagaimana dia melalui zaman2 mendatangnya. Benarlah kata2 orang tua, menjaga anak perempuan bukan senang, lebih baik menjaga sekandang lembu. Wanita itu lemah, emosinya juga lemah. Sebab itu, golongan inilah yg lebih banyak hanyut dizaman ini. Kerana cinta, maruah tergadai, lahirlah anak luar nikah yang dibuang merata, kerana culas menjaga aurat, mereka ini jugalah yg menjadi mangsa rogol, kerana putus cinta, golongan ini jugalah yg banyak membunuh diri, kerana pujukan nafsu syaitan , golongan ini jugalah yang ramai hanyut dalam cinta terlarang. Astaghfirullahhala'zim.....mudah2mudahan sebagai seorang perempuan yang bergelar ibu, kita harus jihad dan kuat menjaga anak2 kita agar mereka terpelihara menjadi anak yang soleh dan solehah. Bukankah doa anak yang soleh/solehah itulah penyambung kpd. bekalan kita selepas kita meninggal dunia? Ayuh sama2lah kita fikirkan.......

Thursday, November 11, 2010

Masih lagi aku terkenang........


Salam kembali....Hampir 5 bulan Diary hati Mama kesunyian...pasti teman2 yang sentiasa melayari blog sendiri dan mempunyai link bersama saya tertanya-tanya ke mana menghilangnya mama ini. Insya Allah, hari ini mama akan memulakan celoteh pertamanya setelah lima bulan menyepikan diri.
Banyak perkara yang tidak terduga berlaku dalam tempoh 5 bulan kebelakangan ini. Buat semua, mama baru sahaja betul2 sihat setelah hampir 4 bulan stgh mengalami "morning sickness" untuk kehadiran insan baru pada 2011, inSya Allah. dalam tempoh tersebut memang tak larat nak buat serba-serbi. Manja agaknya orang yang kat dalam tu.
Hehehe...harap2 belum terlewat memaparkan sebahagian gambar kenangan pada Syawal yang lepas. Tahun ni raya pertama di Pontian, maklum suami tersayang di amanahkan menjadi imam hari raya . Begitulah kalau sudah menjadi anak jati di daerah sendiri. Semasa raya, sebenarnya masih belum pulih sepenuhnya. Tapi disebabkan raya terpaksalah memakai make-up bagi menutupi kekusaman dan kepucatan muka yang sememangnya tak sanggup untuk saya lihat sendiri. Atas tu gambar puteri sulong saya bersama jejaka idaman malaya Nukman yang sentiasa happy.


Wajah baru rumah...heheheh mengandung ni macam2 nak. Tak suka balik rumah sendiri, jadi suami risau apalagi buatlah sikit renovation..katanya biar saya suka balik rumah...taklah lepak rumah mak aje.



Sempat beri senyuman ala2 control sebab beraya dirumah sedara -mara....time tu rasa macam nak tido jek.....



Tema tahun ni ala2 coklat.


Inilah insan2 tersayang saya yang sentiasa menjadi kekuatan buat diri saya.....usrati jannati wa mahbubati....

Thursday, May 20, 2010

Salam Hari Ibu......

Mak mertua ( Hjh. Siti binti Hussein )



Selamat Hari ibu buat semua ibu, mama, umi, mummy dan apa sahaja yang selayaknya dipanggil. May datang lagi...hari ibu menjanjikan betapa romantisnya saat2 manis bagi seorang insan, wanita, yang bergelar ibu. Saya juga seorang wanita yang dipanggil mama oleh 3 orang permata hati saya. Saya juga merasai nikmat bergelar ibu.Jerih payah...hanya Allah yang tahu. saya juga merasai saat-saat manis, apabila anak-anak membuat kejutan buat saya!

Saya juga hadir di dunia kerana seorang ibu. saya juga bertemu dengannya juga kerana seorang ibu. Betapa pentingnya 2 insan istimewa ini dalam hidup saya. Ibu, dan mak mertua saya. Dua tokoh ibu yang amat saya sanjungi. Walaupun masing-masing mempunyai karektor yang berbeza, hasilannya tetap sama. Sabar, lembut dan tabah......itulah mereka. Yang mungkin saya sendiri tidak mampu menandingi mereka.

32 tahun saya bersamanya. Bermula dirahim ibu, saya dilahirkan dengan penuh perjuangan. Menuntut syahid! Demi rasa cinta, saya dibelai dengan penuh kasih sayang. Biarpun adik-beradik lima orang, mak tak pernah berbahagi kasih di antara kami. walaupun saya seorang anak perempuannya. Saya di didik berdikari, memegang amanah sebagai yang sulong di antara adik berdikku. Wanita yang cukup tabah melalui perjalanan hidupnya. Biarpun kami tak semewah mana, namun kami bersyukur dapat bernanung dengan penuh kebahagiaan. Cukup serba-serbi. Mak seorang yang tegas dalam mendidik. Tegas dalam kelembutan. Itu yang membuatkan saya sentiasa rapat bersamanya. Sehari tidak mendengar suaranya, gelisah rasa hati. Entahkan sihat, entahkan tidak...sebab itu, setiap hari saya mesti telefon mak. Minat mak sama macam saya. Mungkin didikan mak menjadikan saya begini. Dekorasi, bunga-bungaan, barang kemas, perabot jati adalah himpunan hobi kami yang sama. Kira macam anak omaklah ni......

Sekali pandang, nampak seperti garang! Pertama kali saya dipertemukan setelah tamat kuliah, saya takut untuk bertentang mata dengannya. Manalah tahu, mungkin saya bukan menantu pilihan. Setelah berkahwin, saya serumah dengan mak mertua. Seorang wanita cekal, masih berkerjaya sebagai businesswoman. Yang menjadikan saya betul2 serasi dengan mak mertua adalah minat kami yang sama. Dia seorang ahli ibadah yang cukup hebat. Zikir, quran tidak pernah lekang dari bibirnya. Sebab itu murah rezekinya. Solat hajat, tahajud, Dhuha sudah sebati dalam dirinya. Saya juga cuba berusaha sepertinya. Mana tahu, suatu hari nanti saya juga mampu seperti itu.

Walau apapun mereka, saya amat menyayangi mereka. Mereka berdua ikon ibu mithali bagi saya. Jauh di sudut hati, saya mendoakan agar mereka berdua beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Semoga kesabaran mereka di dunia, diganjari syurga oleh yang esa, sebaris bersama umahatul mukminin......amin....



Ibuku ( Pn.Junaidah binti Hj. Paujan )

Thursday, May 6, 2010

Part 1 ....Al-Firdaus

Al-quran dan sunnah pemangkin kemajuan ummah....


Dunia ini
Beronak duri
Menggegar jiwa ........

Iman dan taqwa pendinding diri
Membawa ketenangan disanubari....

Zaman berzaman , penuh godaan
kepada tuhan minta dijauhkan
Iman di dada tunggak kemajuan
Membentuk diri, insan yang beriman.....

Di zaman ini banyak yang terjadi..
Runtuhnya akhlak , iman muda-mudi
Rosak binasa, empayar diri..
Menjadi mangsa, syaitan dilaknati
Rosak binasa, empayar diri
menjadi mangsa syaitan dilaknati

Dalam, pencarian
ilmu hakiki
Quran dan sunnah panduan rohani
Nafsu dilentur
Mengabdi diri
Kepada yang esa....
Rabbul Izzati.........

Ayuh bersama memartabatkan bangsa
Rasul mulia junjungan ummah
Tanpa sunnahnya punahlah semuanya
Dunia kelam, tiada sinaran cahaya purnama...

Quran dan sunnah
Pemangkin maghfirah..
Penyuluh ummah
Kekal hidup, bahagia.......

Al-Quran wa sunnah
kallu'luil maknun
Yakunu autad linnajahi ummah....

Al-Quran dan sunnag umpama mutiara
menjadi teras..kemajuan ummah...
Menjadi teras....... Kemajuan....Ummah.......


Lirik : ustazah Lela

Al-Firdaus.... percubaan pertamaku....


Assalamualaikum.....

Mudah-mudahan penantian yang dinantikan membuahkan kepuasan buat teman-teman yang setia mengunjungi blog saya ini. Syukur, Festival nasyid peringkat daerah Pontian telah pun berlalu pada 17 April yang lepas. Bererti perjuangan saya dan rakan , Pn. Ramona telah pun tamat. Debaran yang kami rasai, kecamukan jiwa dan perasaan telah pun terlerai. Beberapa minggu sebelum pertandingan kamilah orang paling sibuk....sibuk memikirkan macam-macam. Sehingga ada di satu saat saya hampir putus asa dan ingin menyatakan...." tak payah masuk ajerlah...". Tapi saya bukan seperti itu. Kalau saya nak...saya akan cuba sehingga yg paling baik. Kemenangan bukanlah saya letakkan ditempat yang pertama, tetapi bagi saya biarlah anak2 ini melakukan sesuatu yang paling terbaik buat mereka. Kemenangan adalah ganjaran atas usaha setelah berusaha, doa dan tawakal.
Sebenarnya, pertama kali saya menjejakkan kaki di sekolah in, saya berazam untuk tidak melatih mana2 kumpulan nasyid, kerana saya tahu tugasan ini memerlukan komitmen yang terlalu tinggi. Saya khuatir saya tak mampu lakukan kerana ketika ini kekangan masa serta urusan bersama anak2 adalah nombor satu dalam hidup saya. Namun berkat sokongan teman-teman, khususnya guru-guru GPI/J-Qaf, dan bantuan kak Mona, akhirnya saya berusaha dan bersetuju untuk berganding bahu melatih anak Al-Firdaus ini sehingga mereka berjaya mendapat tempat ke-3 daripada 16 penyertaan. Syabas buat mereka.
Kini, baru saya mengerti, bukan senang untuk melatih nasyid. Saya perlu mencipta lirik lagu, mencari gubahan lagu yg sesuai...dan saya banyak melayari internet untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik buat mereka. Itulah kerja saya dirumah bermingu2 lamanya.

Friday, February 26, 2010

Salam kembali.....


Cuti Raya Cina memberi kesempatan buat saya dan suami membawa anak-anak kami menyelusuri keindahan Danga Bay yang penuh warna-warni. Biarpun bergelar anak jati Johor, tetapi hakikatnya, Danga bay adalah sesutu yang asing bagi saya. Seingat saya , ini kali yang ketiga saya sampai ke mari.


Sempat berposing di hadapan kedai cenderamata. Saya suka pada




















Tuesday, February 23, 2010

Jaulah hadiqoh hayawan.......

Salam kembali .....

Kali ini saya kongsikan sedikit keseronokan anak-anak apabila berkesempatan melawat zoo negeri Johor pada hujung minggu sebelum bermulanya cuti perayaan tahun baru cina. Sebenarnya aktiviti ini cetusan daripada suami memandangkan anak kami yang kecil, Nukman Hafiy suka menonton dokumentari berkaitan haiwan dan kerap meminta saya membacakan buku-buku cerita haiwan. Seusia masuk 2 tahun saya perhatikan dia memang sukakan haiwan...terutama kucing dan ayam. Kucing mungkin disebabkan saya ada membela beberapa ekor kucing di luar tanpa sengaja, dan ayam, mungkin kerana dia terlalu gemar makan ayam, macam cerita upin & ipin pulak. Pantang nampak haiwan yang berbulu dan berleher panjang, semuanya dipanggil ayam. Hattakan anjing dan beruang pula dipanggilnya miaw...miaw....

Memandangkan ketika ini dunia mengalami perubahan iklim yang menguji keimanan, kami membuat kata putus untuk memulakan aktiviti ini seawal jam 10 pagi. Kira oklah, cuaca pun masih redup2 dan angin sepoi2 bahasa. hampir keseluruhan zoo kami jelajahi.....fuhhh penat! Bukan penat berjalan, tapi penat mengawasi anak2 terutama si cilik yang sukar dpimpin kerana menuntut kebebasan untuk berjalan sendiri. Begitulah kisah orang yang sudah beranak - pinak...tu baru 3 , kalau 4, 5.....hadoiiiii.......pandai-pandailah ya......




Anak-anak dan suami sibuk di kandang sang belang . Tengok tu...ribut dengan belon-belon percuma ...... Di belakang Nukman tu anak sedara saya ( Abd. Muntasir ). Mun( panggilan manja ) ni kira langkah kanan, sebab, time kami nak gerak dia dititip ibunya kerana ibunya sibuk mengajar kelas Khas.


Bersama anak gajah yang baru berusia 2 tahun . Seusia Nukmanlah...erkkk...tapi siapa yang paling besar? Hahahaha....... namanya Jeli. Cukup manja...sempat saya memegangnya....berbulu sedikit tapi keras macam berus dawai.....


Wow..... alamak ustaz...... jangan kena belit sudahler..... Nukman mantain coool je...tapi dalam hati dup dap dup dap.. Ini kira first time suami mencuba lilitan ular. saya? Jauh nun...lebih 10 tapak rasanya......
Hmm...begitulah kisah keseronokan yang mampu saya kongsikan. Apapun, bagi saya haiwan disini juga berhak ubtuk disayani, kerana asal kita adalah sama....makhluk allah yang memerlukan di antara satu sama lain. Tidak salah rasanya kita menyemai kasih kepada makhluk ciptaannya yang lain kerana disitu akan kita perolehi...subhanallah, alangkah indahnya ciptaanmu ini ya Allah........


Monday, February 22, 2010

Hatimu hatiku jua.......



2 Febuari 2010 telah pun berlalu pergi. Aku bersyukur kerana masih lagi berkesempatan melayari kehidupan bersama-sama insan tersayang disekelilingku. Kini usiaku telah meniti ke angka 32 tahun. Aduss...semakin menginjak ke fasa pertengahan dewasa rupanya aku. Namun, jauh disudut hati, aku amat bersyukur dengan kurniaan melimpah ruah yang dipinjamkan olehNya kepadaku. ya Allah, titipkanlah rasa syukurku kepadamu.....mudah2an segala kurniaanmu kepadaku sekeluarga, tidak menjadikan hambamu yang lolos, alpa dan angkuh diduniamu yang hanya sementara..........

Terima kasih buat suami yang sentiasa setia berada disisiku kala susah dan senang, serta syukran buat dirinya di atas " kejutan " yang diberikan. Apa yang aku perolehi bersamanya lebih berharga dari hadiah istimewa kali ini. Thanks my lovely hubby.......

Memories....