Tuesday, June 18, 2013

Oh...mama sakit mata dan anak2 domam.....



Assalamualaikum.....

Syukur, diuji lagi dengan sakit mata. Sebelum tu, anak-anak  diserang demam.....berturut2 macam keretapi. Bermula daripada Nukman, Muaz, en. Hubby, kakak Hanan dan Auni yang paling lama. Masuk dua minggu.....terpaksa juga bawa jumpa daddynya di PSH ( Dr. Ismail Haron ).....check-up, rupa2nya dak Auni ni demam sebab infection ditelinganya.....Hmm, rasa2nya first time dengar....doktor beritau mama, puncanya adalah selsema.....so mama-mama  kat luar sana , kalau baby anda selsema, jangan ambil remeh ya..... sebab hanya kerana selsema, boleh membawa kepada jangkitan gegendang telinga. Namun, alhamdulillah, selepsa makan ubat Dhamol, Zinnat, Sterimar dan beberapa ubat lagi, dengan izin Allah, puteri mama bertambah sihat.....semakin keletah....aduhai adik!

Lepas adik, mama......biasalah...bila mama selesai menjadi nurse di rumah, akhirnya mama demam+selsema. Paling teruk mama diserang migrain dan........paginya, oh tidakkkkkkkk!!!!!!!!! Mataku menjadi merah......nasib baik mama ni spectacle orangnya......hari Jumaatnya masih lagi ke sekolah, manalah tau, bukan sakit mata...masih mengharap mungkin allergik habuk atau sebagainya. namun balik sekolah masih lagi merah dan bertambah merah.....so, pergilah menghadap doktor Amir kat klinik Permata......'' A ah kak...akak sakit mata ni........ esok saya kasi mc ya kak....." Hoooraaayyyyyyy......( tak hoooray pun) takder makna kalau cuti dengan sakit.....apapun mama terima, redho, dok fikir2 jugak, apalah dosa mama ni ya.....hmmm, takperlah bukankah sakit ni penghapus dosa? Itu tanda Allah masih sayang kat kita.....Dalam sakit2 mata tu, sempat jugak search maklumat berkaitan sakit mata...huhu...meh baca sama2 ya.....



Pengenalan

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan, jangkitan bakteria dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.

Tanda dan gejala.

Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah mata merah, discaj atau pengeluaran cecair atau lender dari mata, mata terasa pedih dan kadangkala gatal serta sensitif terhadap cahaya. Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.

Komplikasi

Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.

Rawatan

Rawatan adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali sehari, disamping penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap antibiotik diberikan. Sementara konjunktivitis alahan boleh dirawat dengan ubat titis antihistamin atau ubat titis "mast cell stabilizer".

Pencegahan

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis

Maka, langkah pencegahan yang paling penting adalah dengan membasuh tangan. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata. Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik. Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu. Dinasihatkan mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain














No comments:

Memories....