Thursday, May 6, 2010

Al-Firdaus.... percubaan pertamaku....


Assalamualaikum.....

Mudah-mudahan penantian yang dinantikan membuahkan kepuasan buat teman-teman yang setia mengunjungi blog saya ini. Syukur, Festival nasyid peringkat daerah Pontian telah pun berlalu pada 17 April yang lepas. Bererti perjuangan saya dan rakan , Pn. Ramona telah pun tamat. Debaran yang kami rasai, kecamukan jiwa dan perasaan telah pun terlerai. Beberapa minggu sebelum pertandingan kamilah orang paling sibuk....sibuk memikirkan macam-macam. Sehingga ada di satu saat saya hampir putus asa dan ingin menyatakan...." tak payah masuk ajerlah...". Tapi saya bukan seperti itu. Kalau saya nak...saya akan cuba sehingga yg paling baik. Kemenangan bukanlah saya letakkan ditempat yang pertama, tetapi bagi saya biarlah anak2 ini melakukan sesuatu yang paling terbaik buat mereka. Kemenangan adalah ganjaran atas usaha setelah berusaha, doa dan tawakal.
Sebenarnya, pertama kali saya menjejakkan kaki di sekolah in, saya berazam untuk tidak melatih mana2 kumpulan nasyid, kerana saya tahu tugasan ini memerlukan komitmen yang terlalu tinggi. Saya khuatir saya tak mampu lakukan kerana ketika ini kekangan masa serta urusan bersama anak2 adalah nombor satu dalam hidup saya. Namun berkat sokongan teman-teman, khususnya guru-guru GPI/J-Qaf, dan bantuan kak Mona, akhirnya saya berusaha dan bersetuju untuk berganding bahu melatih anak Al-Firdaus ini sehingga mereka berjaya mendapat tempat ke-3 daripada 16 penyertaan. Syabas buat mereka.
Kini, baru saya mengerti, bukan senang untuk melatih nasyid. Saya perlu mencipta lirik lagu, mencari gubahan lagu yg sesuai...dan saya banyak melayari internet untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik buat mereka. Itulah kerja saya dirumah bermingu2 lamanya.

No comments:

Memories....