Tuesday, December 1, 2009

Dia...cinta baruku.....

1 Disember 2009, hari baru buatku kerana pada hari inilah aku akan "mengenalinya" buat pertama kali dalam hidupku. Hmm...tentu kalian fikiirkan aku sedang dilamun cinta...hehehehe....ya memang aku sedang mula menjalinkan " cinta "!Opssss....jangan mudah membuat andaian atau spekulasi sebelum kalian habis membaca coretanku ini.
Bertemankan suami yang cukup setia, dengan perasaan berdebar-debar aku melangkah masuk ke SK pekan Nanas. Perasaanku ketika tu bercampur -baur...mengalahkan anak2 kecil yang baru memasuki alam persekolahan.Aku sendiri tidak tahu mengapa perasaan seperti itu perlu ada...tapi berfikirlah positif!!
Disinilah bakal kubuka satu lembaran baru dalam hidupku...satu lagi kisah dunia pendidikan yang menjanjikan jutaan pengalaman buatku...kata orang jauh berjalan , luas pengalaman, matanglah pemikiran. Mungkinkah disini menyulam seribu kemanisan atau sebaliknya? Itu aku tidak pasti..tapi yang pasti biar bagaimana sekalipun aku berada.....aku akan cuba lakukan yang paling terbaik dalam hidupku.Suka, duka itu adalah hiasan kehidupan.....yang penting berfikirlah optimis dan positif....insya allah aku akan bahagia!
Jam 10.15 pagi aku melangkah ke pejabat sekolah, bertemu dengan guru besar baru yang merupakan seorang lelaki. Istimewanya disini, GPK 1, GPK hem adalah lelaki kecuali GPK koko.Kerani kewangan pun lelaki.Adakah mudah? Aku belum boleh membuat ramalan seterusnya. Persepsi pandangan pertamaku macam ok.....tapi jangan mengukur dahulu sebelum mengenalinya...hampir terlupa nama guru besar baruku. Mungkin kerana gementar berhadapan dengan bos baru. Selesai berjumpa bos, aku bertemu dengan kerani disitu. Nampak gaya ramah tamah. Aku buat segala urusan yang perlu. Akhir sekali aku bertemu pula dengan gpk 1, mungkin aku ditugaskan mengajar sesi petang, memandangkan Yasmin hannani akan belajar disesi petang.
Masa yang kuhabiskan di situ tidak terlalu lama. Mungkin 28 nanti akan kukenali lagi SKPN ni buat kali kedua dan seterusnya. Apa yang ingin kucatatkan disini, SKPN sebuah sekolah luar bandar yang menyimpan lagi kesegaran udaranya dan kehijauan alamnya.......

No comments:

Memories....