Tuesday, December 15, 2009

Corat - coret Disember......PART 1

Disember semakin menginjak ke penghujungnya. Terasa begitu cepat masa berlalu. Beberapa minggu lagi 2009 bakal menutup tirainya. Tetapi bagi umat islam, 1430 H bakal meninggalkan kita semua. Menutup buku lama dan bermulalah lembaran kisah baru bagi kehidupan seorang hamba allah yang masih lagi hidup di dunia ini. Akhir-akhir ini, media banyak memaparkan kisah-kisah kemalangan, kes jenayah maut, pergaduhan dan kematian. Terasa insaf jika sering membaca paparan sedemikian. Mungkin aku insan yang sentiasa berfikir, aduhai maut itu datang tanpa diberitahu, tiada alarm yang berbunyi.....tahu2 saja sudah kembali ke penciptanya. tapi, kalau kita bersedia, pasti kita tidak akan gentar.......macam student yang sudah cukup persiapan menghadapi SPM. Pasti mereka yakin dengan jawapannya, begitulah juga kita hambanya, andai persediaan diakhirat cukup sebagaimana pesdiaan kita di dunia, pastinya kita redho...tapi jika tidak? Tepuk dada, tanyalah iman kita.......
Lupakan seketika bicara tadi. Tapi bagusnya juga kalau sentiasa mengingati Mati, kerana sudah pasti kita akan takut untuk melakukan kemungkaran di muka buminya. Corat coret Disember part 1 ini bakal aku sisipkan kisah2 yang aku lalui sepanjang pertengahan cuti persekolahan ini. Sehingga sekarang, aku masih belum berpeluang membawa anak2 cuti2 malaysia, insya Allah Jumaat ini , janji akan direalisasikan sambil2 ziarah ukhuwah atok saudara di Kajang , Selangor. Cuti kali ini banyak kuhabisi dirumah sendiri dan dirumah ibu di Taman Sri Pulai, selain memenuhi beberapa undangan perkahwinan kenalan rapat. Biasalah , bila di rumah, banyak saja tugasan sebagai surirumah yang menanti. baik dari mengemas, menyapu dan yang seangkatan dengannya. Tapi, aku masih belum berkesempatan berkebun bersama suami tercinta di hadiqah kami yang sekangkang kera tu. Saban hari aku akan lihat dan belek-belek pokok bunga yang memerlukan sentuhan daripada tuannya. Mana nak tukar pasu yang pecah, nak trim pokok, nak baja, aduhai...banyak ni....aku harap esok bisa kulunaskan sedikit demi sedikit. Saat ini juga, aku sedang mencari makluman cara-cara penjagaan pokok orkid. Hmm....aku ada 5 jenis orkid yang berbeza warnanya. Pokok tu seakan tidak bermaya, tapi salah satunya telah menghasilkan bunga. Aku teruja.....nak jaga dan terus jaga.....
Habis dah cerita pokok2 ditaman. Ini pula kisah ziarah teman2 lama. Ahad yang lepas, aku berkesempatan menziarahi ustazah Hanan dan ustaz zakuan di kediaman beliau di Taman Sri Skudai. Mereka berdua merupakan kenalan rapat semasa di SMAKJ Kluang merangkap teman suka duka di bumi Anbiya' , Jordan. Ukhuwah kami memng rapat. Senang bicara, Bayt najwa ibarat irama dan lagu..kami memang rapat dan akrab. Biarpun setelah masing2 memilih kerjaya sendiri, ukhuwah itu tidak ternoktah setakat itu sahaja. kami kerap melakukan ziarah secara konvoi...tapi memori itu kenangan beberapa tahun yang lepas. Kini, kekangan masa menyebabkan kami tidak berpeluang untuk bersosial seperti itu, tapi syukur Alhamdulillah, biarpun kami sibuk, namun peluang bertanya khabar melalui telefon, dan Fb merapatkan semula ukhuwah dan kerinduan kami di masa lampau.....Apapun doa dan harapanku, mudah2an persahabatan kami ini sentiasa dirahmati dan dimana kami berada, insya Allah kami tidak lupa mana asal kami. Selamat maju jaya buat teman2 yang kukasihi, AZI, YATI, KAK NAD, KAK HANAN, KAK ERLIN dan LIZA.

1 comment:

Ravishing In Red said...

wah dah ader orkid lak ya
kalu nak subur
letakkan kulit kerang kat pasu
tengok la cam na
bunganyer nnt
cuba la try test

Memories....