Tuesday, April 7, 2009

Why Lela?



Ahlennnn...bertemu kembali....seperti yang dijanjikan, hari ini aku nak cerita sikit mengapa, kenapa, aku mc selama 2 hari.....bukan kerna suka-suka, kalau suka-suka...alngkah seronoknya....tapi apakan daya, satu family diserang wabak muntah-muntah, sakit perut dan cirit-birit..ishk2, letih sungguh...melepek jer badan.Tapi takperlah aku terima ujian ini sebagai kafarah diatas segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan....maklumlah namanya manusia......tidak kan lekang dari melakukan khilaf.
Tapi, aku masih ingat, ujian ini kadang-kala Allah masih sayang pada kita..Masih ingat lagi kisah para sahabat? Mereka akan menangis sekiranya tidak ditimpa demam atau sakit, kerana mereka tahu, bila manusia ditimpa musibah begitu, jiwanya akan sentiasa hampir kepada penciptanya........itulah insan bernama MANUSIA.

No comments:

Memories....