Saturday, August 20, 2011

9 years..... Melur Kesayanganku




Seperti baru semalam mama lahirkan puteri ini
masih teringat saat2 manis dan debar tatkala disahkan positif mengandungkan Hannan
Bagai tidak percaya
Begitu cepat rezeki yang Allah beri
mama dan abah terima dengan penuh syukur dan gembira.

Kata orang anak pertama banyak ragamnya
memang benar, banyak ujian yang perlu mama terima
ilmu ketika itu belum penuh didada
mengambil kira pengalaman orang tua-tua sahaja.
sepanjang mengandungkanmu wahai puteriku
mama mengalami morning sickness yang amat teruk
sedangkan ketika itu, abah jauh di mata
maklum kami baru sahaja ingin memulakan sebuah kehidupan berkeluarga
sedih sudah menjadi peneman yang setia

Kenangan pagi Sabtu 13/7/02 masih mama ingat
hari itu, abah balik bercuti dari bangi
syukur, saat abah balik, dikau mahu keluar menjenguk dunia
berbekalkan pengalaman teman, abah mengharung kedinginan pagi menemankan mama ke HSA JB
Mama diuji lagi, maklum anak pertama ilmu kelahiran tak pernah dilalui
hanya membaca tanpa merasai
tetapi subuh 14/7/02, akhirnya dikau selamat menjengah dunia ini
yang penuh warna-warni
tergambar gembira dan syukurnya abahmu sekali lagi
kerana puteri yang dinanti
lahir menambah seri
azan dan qomat abah lakukan sendiri
itulah pengalaman pertama kami sebagai ibu bapa, suami dan isteri.

Melur Kesayanganku..
Mama bersyukur dianugerahi seorang gadis yang baik budi
biarpun mama tahu, kadang-kala puteri mama ini ingin menguji kami
dengan pelbagai ragam dan karenah
mama terima kerana inilah ujian buat mama dan abah
sebagaimana nendamu diuji dengan kenakalan kami semasa kecil
walaupun kadang-kala mama marah, cubit atau rotan
mama mahu Hannan ingat bahawa
sesekali mama tidak pernah membencimu
malah inilah tanda kasih mama padamu
bukan sahaja kemewahan, dan kasih sayang yang mama beri
malah nasihat yang berguna sebagai bekal dikemudian hari
mama tidak minta kakak bayar apa yang mama beri selama ini
Sesungguhnya mama ikhlas memberi
demi puteri sulong mama yang dikasihi
kerana mama mahu kakak menjadi contoh yang baik buat adik-adik
mama mahu kakak doakan mama dan abah bila kami tiada kelak...
itulah bayaran yang mama mahukan...

Yasmin Hannani
seindah nama diberi
sesungguhnya kakak anak yang rajin membantu mama
mama sentiasa berdoa agar kakak
menjadi anak yang solehah, wanita yang mukminah
diberi kesihatan yang baik,umur yang panjang dalam ketaatan kepada Allah
Hati yang lapang dan luas dalam menuntut ilmu
serta kejayaan di dunia dan akhirat...

Suatu hari nanti, kakak akan baca entri mama ini,
percayalah kasih sayang mama tidak pernah berbelah bagi
mama sayangkan kakak didunia dan akhirat
mama halalkan air susu yang kakak minum selama 2 tahun
dan sesungguhnya, mama amat merindui saat2 mengulitmu sewaktu dikau kecil.........

( Selamat Hari Lahir- Yasmin Hannani Abdul Shukor 14/07/2011-Kemangi Restaurant)

No comments:

Memories....