Apabila seorang wanita itu mendirikan solat lima waktunya, berpuasa sebulan (Ramadhan ), menjaga kehormatan dan taat kepada suaminya, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya .... ( Hadith Riwayat Ahmad ) - Sesungguhnya aku ingin jadi bidadari buat dirinya di dunia dan syurgaMu Ya Allah.......
Tuesday, June 19, 2012
Auladina....
Sudah 6 bulan 2012 membuka tirainya......mama masih lagi sibuk dengan rutin harian yang semakin bertambah...Ya Allah, berikan mama satu kekuatan dalam melalui detik-detik dan saat-saat itu sebagai satu ibadah kepadaMU. Begitulah resam hidup manusia, tidak akan beres kerja selagi hayat masih lagi bernyawa, walhal kalau telah memejamkan mata , ia tidak bermakna kita akan rehat selama-lamanya.
Mahu bermula daripada mana, mama pun tidak tahu....bagi mama setiap saat-saat yang dilalui adalah detik-detik terindah dalam kehidupan yang dilalui, kerana masa itu tidak akan berpatah balik.Semuanya akan menjadi kenangan yang amat bermakna, sama ada manis atau sebaliknya.
Semenjak dianugerahi 4 permata hati yang meningkat naik, tugas mama semakin bertambah. Iman dan kesabaran mama juga diuji......memang, beginilah agaknya yang bonda mama lalui ketika membesarkan kami lima beradik. Mereka lahir daripada bonda yang satu,berkongsi benih yang sama, bersemayam di rahim yang juga sama...namun indahnya ciptaan Allah, mereka lahir dalam keadaan individu yang sangat berbeza, paras rupa, emosi, karekter dan segalanya. Variasi yang pelbagai inilah menjadikan mama semakin ligat mencari sesuatu agar khalifah kecil mama ini dapat membesar dengan baik, cemerlang, soleh dan solehah. Ya Allah, sesungguhnya mama tidak kuat melalui keseorangan, mama perlukan bantuanmu, didikanmu, sokonganmu, kerana mama yakin, sesungguhnya Allah mahu memberi sesuatu yang sangat berharga buat mama. Mama mengharapkan, suatu hari nanti, putera puteri mama dapat membaca coretan hati mama. Menyelami perasaan mama, mama mahu kalian tahu, bahawa mama sangat2 menyayangi kalian lebih daripada nyawa mama sendiri. Tidak ada bonda yang mahu melihat anak yang dikandungnya pincang dipertengahan jalan, alpa dengan kenikmatan dunia, lolos dengan kesibukan masa......justeru itu, setiap bebelan mama adalah tarbiyah, setiap cubitan mama adalah cinta, setiap nasihat mama adalah kasih dan sayang. Hanya satu wahai anak2 mama ( yasmin, muaz, nukman dan auni ), mama mahu kalian jadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat, soleh dan solehah yang dapat membantu mama dan abah apabila kami tiada kelak........
Saturday, February 4, 2012
Santai penghujung Disember ......



( Akhir Disember 2011- Pulai Desaru )
Friday, December 23, 2011
Barakallahulakuma ............
Satu Permulaan......
Selama 3 tahun abang Muaz mencedok ilmu bersama-sama cikgu Nor, cikgu Siti dan cikgu Ina di Pasti Saujana. Sesungguhnya banyak kenangan yang pasti suatu hari nanti abang Muaz akan merinduinya.Sebagaimana mama amat merindui saat2 keseronokan belajar di Tadika Tok Siak yang gurunya banyak mencungkil dan menyerlahkan kemampuan mama sebagai seorang murid. Memang hari ini abang Muaz tidak sedih meninggalkan sekolah itu kerana pasti akan berjumpa dengan kawan-kawan yang sama di SK Bandar Pontian , namun mama pasti, apabila abang Muaz menginjak ke usia dewasa, abang Muaz akan merindui momen itu dan sudah pasti akan bercerita mengimbas kembali bersama-sama mama dan kakak.
Mama amat bersyukur, hasil ketekunan guru2 di tadika abang Muaz berjaya meraih kejayaan di tempat pertama 2 tahun berturut2 dan sepanjang peperiksaan pertengahann tahun juga, no. 1 tetap menjadi milik abang Muaz. tahniah juga buat abang Muaz kerana mendapat tempat ketiga di peringkat daerah Pontian pada ujian pengesanan keseluruhan. Tapi, percayalah, kejayaan ini bukan suatu untuk mama banggakan......tetapi mama amat bersyukur kerana abang Muaz berjaya menguasai kemahiran2 sedia ada dan ini suatu permulaan buat abang Muaz untuk mengorak kejayaan di masa depan. Apa yang penting kesungguhan, semangat dan jangan sombong di atas kelebihan anugerah Allah ini.
Buat kakak Hanan....tahniah kerana mendapat tempat pertama pada peperiksaan sekolah agama dan berjaya kekal di kelas Elit......kekalkan dan berusahalah bersungguh2 kerana hanya ilmu bermanfaat sahaja harta yang mampu mama berikan..........Tahniah buat anak2 mama......
Sunday, August 28, 2011
ya Allah sembuhkan DIA....
Hari ini hari terakhir Ramadhan...
oh ramadhan...pasti aku rindu kemanisanmu....
esok syawal bakal membuka tirai gemilangnya....
aku?
tiada keseronokan hendak beraya
tiada persiapan yang dibuat
hanya untuk anak2 cukuplah mereka menumpang kemeriahan lebaran ini di rumah atok dan neneknya
suamiku?
moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buatnya
hati saya sayu....sedih...macam2 yang saya fikirkan...
bagaimana keadaan suami saya..
ya Allah..
manisnya ujian mu ini..
aku redho terima dengan sabar....
terima doa dan harapanku...
sembuhkan suamiku.....kembalikan keceriaannya
aku tak mohon lebih dari itu
aku mohon agar dia dapat sihat semula
demi ibadat kepadaMU, diriku, anak2 serta abu dan ayahnya
( semasa ntri ini ditulis suamiku admt di PSH jam 12 malam tadi-doakan teman2 ya....saya tak minta belas..tapi minta doa dari kalian...)
Saturday, August 27, 2011
Ujian ini menghampirkan aku padaNYA...
Salam Ramadhan semua. Lagi beberapa hari sahaja gerbang Ramadhan bakal meninggalkan kita ....sedih rasa hati, kerana sentiasa berharap agar ini bukanlah Ramadhan yang terakhir bagi mama sekeluarga....moga2 Allah masih memberi ruang dan peluang untuk mama sekeluarga melaluinya dan merasai kemanisannnya. Mama juga berharap agar segala ibadah yang di buat sentiasa di terima olehnya....barikillahummalana fi syahri Ramadhan.....
Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat buat hambanya......namun sebagai hambanya yg lemah dan sentiasa bergantung harap kepada pertolongannya, mama tidak terkecuali menerima ujian sebagai tarbiah buat mama skeluarga. Mama redho dengan apa yang ditentukan....mungkin Allah inginkan sesuatu yang terbaik buat kami sekeluarga......
Pagi semalam 27/8, mama kejutkan en. hubby untuk bangun....maklum nak minta dia tolong temankan Auni berbual-bual, sementelah mama sibuk membersihkan dapur dan bermacam-macam lagi dalam perancangan di kepala. Maklum sahaja, hujung minggu inilah yang mama amat tunggu untuk memebuat sedikit persiapan sempena menyambut lebaran....bukan berlebih2 sekadar untuk menghiburkan hati anak2....tahu2 sahajalah namanya budak2 bila nak raya tahu2 saja minta mama hias rumah...katanya kan nak raya. Tapi, sesuatu berlaku pada en. hubby....dia mengadu sakit di belakang...sedangkan waktu sahur tadi, dia nampak sihat dan berselera menjamah juadah bersahur. Mama fikirkan sakit biasa...yalah manalah tahu angin ke, salah tidur ke...tapi sakitnya makin kuat dan menyengat....dia tak boleh nak duduk dan apatah lagi nak cuba berjalan.....mama semakin risau lagi2 bila lihat mukanya berpeluh2 menahan sakit dan sejuk kaki tangannya. Itu sudah tentu sakit sangat.....
Mama hampir tak tahu nak buat apa....nak bawa ke hospital....dia kata bawa JMS tu aje...mama mana pernah drive JMS....mama takut...mama tak tau......mama boleh bawa ACU sahaja. Keadaannya semakin membimbangkan.....Auni pula meragam tanpa sebab....mungkin dia juga gelisah sebab abahnya tak sihat.....mama call Andak....minta dia datang hantarkan.....akhirnya dalam hujan2 Andak datang dengan mak....syukur...dan terima kasih buat andak dan mak kerana meringankan urusan kami...Ya Allah, murahkanlah rezeki andak dan mak...dan mudahkanlah urusan mereka kerana mereka telah mambantu meringankan bebanku.....
Dek kerana ada 2 kereta......dan mama suruh andak drive JMS, andak menolak sebab kereta dia nanti nak parking mana? Ya tak ya.....betul juga...habis tu sapa yg kena drive ni? Mama dah berpeluh....takkan nak suruh en Hubby yg menahan sakit? Silap hb kami yang masuk spital sama....namun dalam kekalutan tu, mak kasi cadangan....dia suruh aku bawa juga JMS tu, manakala Auni biar dia yang dukung..... Ya Allah aku tiada pilihan...aku kena beranikan serta yakinkan diri membawa JMS tu...lagi2 banyak nyawa yang aku bawa.....bismillahi tawakaltu a'lalallah........syukur akhirnya aku sampai ke destinasi dengan selamat...
Tiba di PSH, andak menguruskan hubby yang menahan sakit...takper duit boleh cari....nyawa? Aku hanya mampu berdoa moga2 abang sihat dan kembali pulih. 2-3 jam menunggu, akhirnya hasil scan dan x-ray, en hubby disahkan menghidap batu karang.....tapi syukur masih kecil dan boleh dirawat melalui pengambilan ubat......sehingga ke hari ini dia masih lagi sakit tetapi tidaklah seteruk semalam.....dia sedang berehat...mungkin ubat yang diberi menyebabkan dia mudah mengantuk......takpelah asal suamiku semakin sembuh...itulah hadiah lebaran buatku....
Situasi ini membuatkan aku amat terfikir...bermonolog kepadaNYA.....maha suci Allah, sesungguhnya jika dia mengizinkan seseuatu berlaku.....dengan sekelip mata ia akan berlaku.....aku terlalu hampir, dan dekat padanya......ujian ini banyak manisnya bagiku....aku belajar dari tarbiyah ini :
1. erti sabar dan tenang dalam menghadapi ujian sekecil ini.
2. erti kasih sayang dan pengorbanan
3. syukur atas segala nikmat yang datang
4. pendampingan diri yang amat hampir dengan si pencipta Rabbul izzati....
5. keyakinan dan tawakal...sehingga aku boleh drive JMS tu....:))
Mudah2an Allahu kurniakan kesihatan yang baik buatku, suami dan anak2ku serta seluruh kaum kerabatku.....moga syawal yang dinanti ini dapat kami raikan dengan rasa rendah diri dan syukur yang tidak terperi...Ya Allah...sembuhkan suamiku...sesungguhnya aku ingin jadi isteri di dunia dan di syurga untuknya....amin....ya Allah.
Friday, August 26, 2011
PANDUAN MAKANAN PELENGKAP BAYI 6 BULAN KE ATAS
Dipetik dan diringkaskan oleh pemilik blog Menyusu Si Manja berdasarkan artikel Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan
- Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalahSUSU IBU (SI) sahaja.
- Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalamiJANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
- Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).
-
Kolostrum mengandungi:
- Antibodi yang tinggi
- Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
- Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
- 88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.
- SI mengandungi:
- Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
-
Lemak sebagai sumber tenaga
- Zat besi bagi mencegah anemia
Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi
- Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
- Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
- Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL
- Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
- Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
-
Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT
- Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien
Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi
- Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
- Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
- Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
KUMPULAN BIJIRIN
- Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
- Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN
- Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
- Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
- Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN
- Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
- Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
- ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
-
ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
- Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA)dan kacang pis sejuk beku.
- Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK
- Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.
Alahan Makanan
- Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
- Putih telur
- Kacang
- Makanan laut
- Gandum
- Buah limau
- ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.
Garam, Gula dan Bahan Perasa
- TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
- Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.
Cara Memberi Bayi Makan
- Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
- ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
- Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
- Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
- Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
-
Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.
6 BULAN
Minggu 1
Tekstur
-
Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
- 1x pada 2-3 hari pertama
- 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
- Kanji/beras + SI
Minggu 2-4
Tekstur
-
Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
-
2-3x sehari
Contoh makanan
- Bijirin beras + SI
- Kentang lecek halus
- Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
- Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
- Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
- Tauhu lembut (tidak berperisa)
- Kacang pis (lecek)
- Hati ayam (hancur)
- Ayam (lembut dan dihancurkan)
- Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
- Daging lembut (hancur)
7 BULAN
Minggu 1
Tekstur
-
Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
- 3-4x sehari
Contoh makanan
- Kanji/beras + SI
- Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
- Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
- Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
- Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
- Tauhu lembut (tidak berperisa)
- Kacang pis (lecek)
- Hati ayam (hancur)
- Ayam (lembut dan dihancurkan)
- Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
- Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)
- Roti lembut
- Biskut bayi (tanpa gula)
- Buah-buahan (pisang, betik)
- Lobak merah
- Keju
9-11 BULAN
Minggu 1
Tekstur
-
Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
-
3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
-
Nasi lembik
- Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
-
Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)
- Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
- Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
- Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
-
Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu
Sumber protein
-
Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
-
Tauhu lembut
-
Kacang pis
- Hati ayam (hancur)
- Ayam (lembut dan dihancurkan)
- Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
- Daging lembut (cincang)
- Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)
















