Saturday, August 11, 2012

Ramadhan di hati khalifah kecilku......


 



 Assalamualaikum.....

Salam berhujung minggu buat teman2 maya mama. Syukur Alhamdulillah, kini kita telah sama-sama menginjak ke fasa terakhir ramadhan. Mudah-mudahan, Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita semua.....moga Allah masih memberi peluang buat kita merasai kenikmatan Ramadhan itu lagi....sama-samalah kita berdoa.

Bercerita pasal Ramadhan, bererti hampir 3 minggu lebih mama melayani karenah khalifah2 kecil mama sepanjang Ramadhan. Syukur alhamdulillah anak2 mama yang sudah besar, kakak hanan dan abang Muaz sudah boleh berpuasa dengan baik. Walaupun abang Muaz tahun ni tak dapat berpuasa penuh kerana demam selama dua hari, namun mama lihat abang Muaz dan kakak Hanan masih boleh bertahan walaupun terpaksa bersekolah pagi dan petang, malah kakak Hanan boleh lagi menghadiri kelas tuisyen pada hujung minggu, tahniah anak2 mama!

Bila mama bertanya, kenapa kena puasa? Nak raya....itulah jawapan mereka. Lucu pun ada....tapi kalau kakak sudah agak matang menjawab soalan ini.....kata kakak  Allah yang suruh. Ya, betul kakak, puasa di bulan ramadhan ini adalah perintah Allah buat kita. Bukan sahaja Allah menyuruh kita menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah Allah suruh kita tahan nafsu kita daripada perkara-perkara yang tidak elok. Jaga mulut, jaga hati, jaga telinga dan segalanya. Malah puasa ini juga satu tarbiyah buat kita agar dapat sama2 merasai keperitan yang dilalui oleh mereka yang miskin, dhaif, tidak berdaya dan teman2 kita yang berada di negara kebuluran....Rasai keperitan itu...simpati dan empati anak2ku...Allahuakhbar!

Namun mama bersyukur, anak2 mama dapat merasai nikmat berpuasa ini. Bukankah Allah janjikan bagi orang yang berpuasa beberapa kegembiraan di dunia, antaranya waktu berbuka. Biarpun juadah tidak seberapa, namun kenikmatan dan kemanisan itu dapat kalian rasai......dan mama nampak itu di wajah kalian.........termasuklah adik Auni dan Nukman......

Mama bersyukur, sepanjang Ramadhan ini, kita banyak berbuka puasa bersama keluarga kita, merasai masakan dengan air tangan mama, melakukan solat berjemaah di masjid atau di rumah, dan sama bertadarus selepas subuh dan zohor. Bahagiakan anak2ku?

Tapi Ramadhan akan berakhir.....pasti kalian juga akan merindui momen indah itu.....namun setiap pagi kita akan berdoa bersama-sama sepanjang perjalanan ke sekolah, moga Allah memberkati kita di bulan Ramadhan ini, dan  memberi kita peluang lagi bersama-bersama untuk bertemu dan merasai kenikmatan dan keberkatan Ramadhan yang akan datang........amin.....amin...Ya Allah......



Tuesday, June 19, 2012

Auladina....

Assalamualaikum.......

Sudah 6 bulan 2012 membuka tirainya......mama masih lagi sibuk dengan rutin harian yang semakin bertambah...Ya Allah, berikan mama satu kekuatan dalam melalui detik-detik dan saat-saat itu sebagai satu ibadah kepadaMU. Begitulah resam hidup manusia, tidak akan beres kerja selagi hayat masih lagi bernyawa, walhal kalau telah memejamkan mata , ia tidak bermakna kita akan rehat selama-lamanya.
    Mahu bermula daripada mana, mama pun tidak tahu....bagi mama setiap saat-saat yang dilalui adalah detik-detik terindah dalam kehidupan yang dilalui, kerana masa itu tidak akan berpatah balik.Semuanya akan menjadi kenangan yang amat bermakna, sama ada manis atau sebaliknya.

 
Semenjak dianugerahi 4 permata hati yang meningkat naik, tugas mama semakin bertambah. Iman dan kesabaran mama juga diuji......memang, beginilah agaknya yang bonda mama lalui ketika membesarkan  kami lima beradik. Mereka lahir daripada bonda yang satu,berkongsi  benih yang sama, bersemayam di rahim yang juga  sama...namun indahnya ciptaan Allah, mereka lahir dalam keadaan individu yang sangat berbeza, paras rupa, emosi, karekter  dan segalanya. Variasi yang pelbagai inilah menjadikan mama semakin ligat mencari sesuatu agar khalifah kecil mama ini dapat membesar dengan baik, cemerlang, soleh dan solehah. Ya Allah, sesungguhnya mama tidak kuat melalui keseorangan, mama perlukan bantuanmu, didikanmu, sokonganmu, kerana mama yakin, sesungguhnya Allah mahu memberi sesuatu yang sangat berharga buat mama. Mama mengharapkan, suatu hari nanti, putera puteri mama dapat membaca coretan hati mama. Menyelami perasaan mama, mama mahu kalian tahu, bahawa mama sangat2 menyayangi kalian lebih daripada nyawa mama sendiri. Tidak ada bonda yang mahu melihat anak yang dikandungnya pincang dipertengahan jalan, alpa dengan kenikmatan dunia, lolos dengan kesibukan masa......justeru itu, setiap bebelan mama adalah tarbiyah, setiap cubitan mama adalah cinta, setiap nasihat mama adalah kasih dan sayang. Hanya satu wahai anak2 mama ( yasmin, muaz, nukman dan auni ), mama mahu kalian jadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat, soleh dan solehah yang dapat membantu mama dan abah apabila kami tiada  kelak........
      

Saturday, February 4, 2012

Santai penghujung Disember ......






Kenangan itu akan utuh di sanubari........moga kebahagiaan yang diberi, menjadikan mama insan yang paling bersyukur padaMu illahi. Pasti, mama akan merindui momen2 ini bersama kalian........moga wajah-wajah ini menjadi penawar dunia dan bekalan akhirat buat mama dan abah kelak...amin.

( Akhir Disember 2011- Pulai Desaru )

Friday, December 23, 2011

Barakallahulakuma ............


Masih belum terlewat rasanya mama mengucapkan "selamat pengantin baru " buat adinda tersayang saiful dan erina.....moga jodoh yang dipertemukan ini berkekalan bersama sakinah dan mawaddah illahi hingga ke syurga amin.....

Satu Permulaan......

Bersedia menanti giliran penuh debaran........


Tahniah di atas kejayaan ini anakku......


Semoga abang Muaz terus berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat.....amin ya Allah.


13 November 2011 - Inilah kenangan terakhir abang Muaz meninggalkan dunia keseronokannya di Tadika Pasti Saujana. Selepas ini abang Muaz akan melalui satu episod baru sebagaimana yang pernah dilalui kakak Hanan sebelum ini. Dunia abang Muaz semakin luas, mengenali lebih ramai kawan-kawan baru yang seusia, mungkin juga yang lebih tua daripada Muaz. Muaz juga akan melalui situasi pembelajaran dan pengajaran yang agak berbeza dan berlainan guru. Senang cerita dunia abang Muaz akan bertukar 360 darjah. Apapun mama mengharapkan abang Muaz tidak terkejut dengan situasi ini dan mama akan sentiasa membantu.

Selama 3 tahun abang Muaz mencedok ilmu bersama-sama cikgu Nor, cikgu Siti dan cikgu Ina di Pasti Saujana. Sesungguhnya banyak kenangan yang pasti suatu hari nanti abang Muaz akan merinduinya.Sebagaimana mama amat merindui saat2 keseronokan belajar di Tadika Tok Siak yang gurunya banyak mencungkil dan menyerlahkan kemampuan mama sebagai seorang murid. Memang hari ini abang Muaz tidak sedih meninggalkan sekolah itu kerana pasti akan berjumpa dengan kawan-kawan yang sama di SK Bandar Pontian , namun mama pasti, apabila abang Muaz menginjak ke usia dewasa, abang Muaz akan merindui momen itu dan sudah pasti akan bercerita mengimbas kembali bersama-sama mama dan kakak.

Mama amat bersyukur, hasil ketekunan guru2 di tadika abang Muaz berjaya meraih kejayaan di tempat pertama 2 tahun berturut2 dan sepanjang peperiksaan pertengahann tahun juga, no. 1 tetap menjadi milik abang Muaz. tahniah juga buat abang Muaz kerana mendapat tempat ketiga di peringkat daerah Pontian pada ujian pengesanan keseluruhan. Tapi, percayalah, kejayaan ini bukan suatu untuk mama banggakan......tetapi mama amat bersyukur kerana abang Muaz berjaya menguasai kemahiran2 sedia ada dan ini suatu permulaan buat abang Muaz untuk mengorak kejayaan di masa depan. Apa yang penting kesungguhan, semangat dan jangan sombong di atas kelebihan anugerah Allah ini.

Buat kakak Hanan....tahniah kerana mendapat tempat pertama pada peperiksaan sekolah agama dan berjaya kekal di kelas Elit......kekalkan dan berusahalah bersungguh2 kerana hanya ilmu bermanfaat sahaja harta yang mampu mama berikan..........Tahniah buat anak2 mama......

Sunday, August 28, 2011

ya Allah sembuhkan DIA....

Assalamualaikum...

Hari ini hari terakhir Ramadhan...
oh ramadhan...pasti aku rindu kemanisanmu....
esok syawal bakal membuka tirai gemilangnya....
aku?
tiada keseronokan hendak beraya
tiada persiapan yang dibuat
hanya untuk anak2 cukuplah mereka menumpang kemeriahan lebaran ini di rumah atok dan neneknya
suamiku?
moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buatnya
hati saya sayu....sedih...macam2 yang saya fikirkan...
bagaimana keadaan suami saya..
ya Allah..
manisnya ujian mu ini..
aku redho terima dengan sabar....
terima doa dan harapanku...
sembuhkan suamiku.....kembalikan keceriaannya
aku tak mohon lebih dari itu
aku mohon agar dia dapat sihat semula
demi ibadat kepadaMU, diriku, anak2 serta abu dan ayahnya

( semasa ntri ini ditulis suamiku admt di PSH jam 12 malam tadi-doakan teman2 ya....saya tak minta belas..tapi minta doa dari kalian...)

Saturday, August 27, 2011

Ujian ini menghampirkan aku padaNYA...

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan semua. Lagi beberapa hari sahaja gerbang Ramadhan bakal meninggalkan kita ....sedih rasa hati, kerana sentiasa berharap agar ini bukanlah Ramadhan yang terakhir bagi mama sekeluarga....moga2 Allah masih memberi ruang dan peluang untuk mama sekeluarga melaluinya dan merasai kemanisannnya. Mama juga berharap agar segala ibadah yang di buat sentiasa di terima olehnya....barikillahummalana fi syahri Ramadhan.....

Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat buat hambanya......namun sebagai hambanya yg lemah dan sentiasa bergantung harap kepada pertolongannya, mama tidak terkecuali menerima ujian sebagai tarbiah buat mama skeluarga. Mama redho dengan apa yang ditentukan....mungkin Allah inginkan sesuatu yang terbaik buat kami sekeluarga......

Pagi semalam 27/8, mama kejutkan en. hubby untuk bangun....maklum nak minta dia tolong temankan Auni berbual-bual, sementelah mama sibuk membersihkan dapur dan bermacam-macam lagi dalam perancangan di kepala. Maklum sahaja, hujung minggu inilah yang mama amat tunggu untuk memebuat sedikit persiapan sempena menyambut lebaran....bukan berlebih2 sekadar untuk menghiburkan hati anak2....tahu2 sahajalah namanya budak2 bila nak raya tahu2 saja minta mama hias rumah...katanya kan nak raya. Tapi, sesuatu berlaku pada en. hubby....dia mengadu sakit di belakang...sedangkan waktu sahur tadi, dia nampak sihat dan berselera menjamah juadah bersahur. Mama fikirkan sakit biasa...yalah manalah tahu angin ke, salah tidur ke...tapi sakitnya makin kuat dan menyengat....dia tak boleh nak duduk dan apatah lagi nak cuba berjalan.....mama semakin risau lagi2 bila lihat mukanya berpeluh2 menahan sakit dan sejuk kaki tangannya. Itu sudah tentu sakit sangat.....

Mama hampir tak tahu nak buat apa....nak bawa ke hospital....dia kata bawa JMS tu aje...mama mana pernah drive JMS....mama takut...mama tak tau......mama boleh bawa ACU sahaja. Keadaannya semakin membimbangkan.....Auni pula meragam tanpa sebab....mungkin dia juga gelisah sebab abahnya tak sihat.....mama call Andak....minta dia datang hantarkan.....akhirnya dalam hujan2 Andak datang dengan mak....syukur...dan terima kasih buat andak dan mak kerana meringankan urusan kami...Ya Allah, murahkanlah rezeki andak dan mak...dan mudahkanlah urusan mereka kerana mereka telah mambantu meringankan bebanku.....


Dek kerana ada 2 kereta......dan mama suruh andak drive JMS, andak menolak sebab kereta dia nanti nak parking mana? Ya tak ya.....betul juga...habis tu sapa yg kena drive ni? Mama dah berpeluh....takkan nak suruh en Hubby yg menahan sakit? Silap hb kami yang masuk spital sama....namun dalam kekalutan tu, mak kasi cadangan....dia suruh aku bawa juga JMS tu, manakala Auni biar dia yang dukung..... Ya Allah aku tiada pilihan...aku kena beranikan serta yakinkan diri membawa JMS tu...lagi2 banyak nyawa yang aku bawa.....bismillahi tawakaltu a'lalallah........syukur akhirnya aku sampai ke destinasi dengan selamat...

Tiba di PSH, andak menguruskan hubby yang menahan sakit...takper duit boleh cari....nyawa? Aku hanya mampu berdoa moga2 abang sihat dan kembali pulih. 2-3 jam menunggu, akhirnya hasil scan dan x-ray, en hubby disahkan menghidap batu karang.....tapi syukur masih kecil dan boleh dirawat melalui pengambilan ubat......sehingga ke hari ini dia masih lagi sakit tetapi tidaklah seteruk semalam.....dia sedang berehat...mungkin ubat yang diberi menyebabkan dia mudah mengantuk......takpelah asal suamiku semakin sembuh...itulah hadiah lebaran buatku....

Situasi ini membuatkan aku amat terfikir...bermonolog kepadaNYA.....maha suci Allah, sesungguhnya jika dia mengizinkan seseuatu berlaku.....dengan sekelip mata ia akan berlaku.....aku terlalu hampir, dan dekat padanya......ujian ini banyak manisnya bagiku....aku belajar dari tarbiyah ini :

1. erti sabar dan tenang dalam menghadapi ujian sekecil ini.
2. erti kasih sayang dan pengorbanan
3. syukur atas segala nikmat yang datang
4. pendampingan diri yang amat hampir dengan si pencipta Rabbul izzati....
5. keyakinan dan tawakal...sehingga aku boleh drive JMS tu....:))

Mudah2an Allahu kurniakan kesihatan yang baik buatku, suami dan anak2ku serta seluruh kaum kerabatku.....moga syawal yang dinanti ini dapat kami raikan dengan rasa rendah diri dan syukur yang tidak terperi...Ya Allah...sembuhkan suamiku...sesungguhnya aku ingin jadi isteri di dunia dan di syurga untuknya....amin....ya Allah.


Memories....