Apabila seorang wanita itu mendirikan solat lima waktunya, berpuasa sebulan (Ramadhan ), menjaga kehormatan dan taat kepada suaminya, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya .... ( Hadith Riwayat Ahmad ) - Sesungguhnya aku ingin jadi bidadari buat dirinya di dunia dan syurgaMu Ya Allah.......
Wednesday, May 4, 2011
Auni kena cucuk.....
Assalamualaikum
Petang tadi Auni jumpa Dr. Zaliah
Alhamdulillah, Auni tak demam lagi
Berat Auni dah bertambah kepada 4.6 kg
Syukur pada illahi
Auni nangis tak terperi
Kasihan mama lihat Auni kena cucuk kat punggung
Dr kata kurang sikit sakitnya
Auni terima suntikan imunisasi
Dapt/Polio/Hib Hepatitis B ( Dos kedua )
Khas untuk usia 2 bulan
Senang cakap 3 serangkai
Dr kata maybe Auni akan demam
Sebagai tindak balas imunisasi pada tubuh badan
Sebab tu balik, mama terus kasi Auni ubat demam
Sempat abah ajak mama, abang Muaz, abang Nukman dan kakak Hanan
Makan2 kat Kemangi Restoran
Nasib baik Auni lena tido
Senang mama makan
Minum air barli suam
Hmmmm, sedapnya.....
Selepas makan
Abah ajak kita shoping2 kat Billion
Mama sempat singgah beli produk Simply siti kat Watson
Hahahaha...nak jadi siti ke ma?
Abah perli mama, tapi mama tak kisah pun
Mama belikan gelang kaki buat Auni
Banyak loceng
Senang mama kesan Auni dah bangun ke belum.....
Petang tadi Auni jumpa Dr. Zaliah
Alhamdulillah, Auni tak demam lagi
Berat Auni dah bertambah kepada 4.6 kg
Syukur pada illahi
Auni nangis tak terperi
Kasihan mama lihat Auni kena cucuk kat punggung
Dr kata kurang sikit sakitnya
Auni terima suntikan imunisasi
Dapt/Polio/Hib Hepatitis B ( Dos kedua )
Khas untuk usia 2 bulan
Senang cakap 3 serangkai
Dr kata maybe Auni akan demam
Sebagai tindak balas imunisasi pada tubuh badan
Sebab tu balik, mama terus kasi Auni ubat demam
Sempat abah ajak mama, abang Muaz, abang Nukman dan kakak Hanan
Makan2 kat Kemangi Restoran
Nasib baik Auni lena tido
Senang mama makan
Minum air barli suam
Hmmmm, sedapnya.....
Selepas makan
Abah ajak kita shoping2 kat Billion
Mama sempat singgah beli produk Simply siti kat Watson
Hahahaha...nak jadi siti ke ma?
Abah perli mama, tapi mama tak kisah pun
Mama belikan gelang kaki buat Auni
Banyak loceng
Senang mama kesan Auni dah bangun ke belum.....
Tuesday, May 3, 2011
3 tahun buat Nukman Hafiy

Assalamualaikum..
Wah...sudah besar ya anak mama ni.....
Bila besar, man nak jadi apa?
Nukman : Imam muda...
Hmmm, hebat juga
( mudah-mudahan ya nak .....)
Selamat Hari lahir
Nukman Hafiy b. Abd. Shukor
3 tahun sudah anak mama ni
Semakin bijak berkata2
Seorang abang yang prihatin
Mama paling suka bila dengar abang Nukman nyanyi lagu ibu serta zikir
Sangat comelll........
Mama dan abah doakan
Moga Nukman beroleh kesihatan yang baik
Rezeki yang murah dan mudah
Umur yang panjang dalam ketaatan kepada Allah
dan paling penting
Moga jadi anak yang soleh
Menjadi harta mama dan abah yang paling berharga
Buat bekal mama dan abah di alam sana.........
Wah...sudah besar ya anak mama ni.....
Bila besar, man nak jadi apa?
Nukman : Imam muda...
Hmmm, hebat juga
( mudah-mudahan ya nak .....)
Selamat Hari lahir
Nukman Hafiy b. Abd. Shukor
3 tahun sudah anak mama ni
Semakin bijak berkata2
Seorang abang yang prihatin
Mama paling suka bila dengar abang Nukman nyanyi lagu ibu serta zikir
Sangat comelll........
Mama dan abah doakan
Moga Nukman beroleh kesihatan yang baik
Rezeki yang murah dan mudah
Umur yang panjang dalam ketaatan kepada Allah
dan paling penting
Moga jadi anak yang soleh
Menjadi harta mama dan abah yang paling berharga
Buat bekal mama dan abah di alam sana.........
Kahwin ....


Mama bukanlah insan yang teramat layak untuk menasihati, tetapi sekadar berkongsi, walaupun masih hijau di medan ini, insya Allah mana yang baik kita kongsi, yang jelek kita perbaiki agar bahtera ini bisa belayar dengan aman walaupun badai datang ibarat tsunami. Yang penting kebergantungan diri pada illahi, tanda kita tidak melupai setiap pinjaman yang diberi........Entri ini dedicated buat seorang gadis yang mama panggil miss Nia. Harap2 Miss Nia berpeluang membaca entri mama kali ini. Sebagaimana janji mama padanya, insya allah mama sudi berkongsi.Sebuah kehidupan berumahtangga yang penuh warna-warni.
Mama mendirikan rumahtangga seawal usia 23 tahun. Kami seusia, hanya bulan sahaja yang menjadi bezanya. Bertunang pada 20/08/2002 ketika kami masih menuntut di tahun akhir. Istimewanya pertunangan ini tidak dihadiri bakal pengantin kerana kami masih lagi menuntut di sebuah negara yang jauh beribu batu. Untuk pulang ke tanahair memerlukan kos yang agak mahal, jadi hanya keluarga sahaja yang menjadi saksi bermulanya detik baru dalam kehidupan kami. Namun , mama tak pernah rasa terkilan bersedih hati. Walaupun tidak berpeluang menerima sarungan cincin daripada bakal mertua, tidak dapat mengenakan busana yang cantik2 serta duduk disinggahsana seperti yang ada-ada, mama amat bersyukur, kerana ianya tidak terkesan dalam hati. Tak pernah nak rasa kempunan, sebab mama buat semuanya ini kerana Allah. Mama berpegang pada prinsip, permulaan yang baik, insya Allah akan berakhir dengan yang baik juga.
Bukan senang sebenarnya untuk memilih pasangan hidup yang betul2 serasi dan sesuai dengan kita. Apatahlagi lelaki itu tidak pernah dikenali , malah belum lagi dicintai. Sebelum mama menerima salam perkenalan daripada si dia ( suami mama ), mama telah membuat solat istikharah. Pada mulanya istikharah ini hanya untuk meminta petunjuk atas sebuah ikatan yang masih terawang2, yang belum berjumpa jalan. Peliknya, mama bermimpikan si Dia yang tidak termasuk di dalam senarai list mama. Cantikkan jalan jodoh yang Allah ingin pertemukan? Tiga kali mama istikharah, tiga kali juga Dia hadir dalam mimpi itu. Memakai jubah putih, mengambil wudhuk dan bersolat di sebuah masjid yang tidak mama ketahui. Perasaan mama ketika itu tidak keruan, mengapa lelaki ini yang sepatutnya hadir, sedangkan kami tidak pernah berkawan malah hanya mengenali secara jauh sebagai rakan sekuliah. Usaha mama tidak ternoktah disitu sahaja, malah mama teruskan dengan solat hajat berulang kali dengan diakhiri doa : " Ya Allah ya tuhanku, andai dialah jodoh untukku, mudahkanlah jalannya, dan bukakanlah pintu hatiku untuk menyayanginya begitu juga dia ". Alhamdulillah, berkat petunjuk Allah akhirnya jalan jodoh itu mula terbuka, semakin lama semakin mudah sehingga kami bertunang dan pada 13/10/2001 kami sah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Thank you ya Allah.
Alam berumahtangga tidak sama seperti alam bercinta. Jika bercinta kadang-kala kita tidak akan mempamerkan diri kita yang sebenarnya. Tipu kalau ada yang mengatakan bahawa dia telah mempamerkan 100% sikapnya yang sebenar pada pasangannya. Silap haribulan kena reject terus. Tapi alam berumahtangga ini menjadi medan terpamerlah semua sikap kita luar dan dalam. Mungkin ada sesetengah pasangan tidak boleh menerima kejutan sikap sang suami atau isteri. Tapi bagi mama semuanya perlu tolak ansur. Seperti mama, tahun pertama, kedua, adalah tahun air mata. Bukannya kami bergaduh, tetapi dalam mencari titik keserasian di antara 2 insan yang berbeza latar belakang serta kehidupan benar2 menguji kesabaran serta kecekalan. Apatahlagi , sesudah berumahtangga, diri ini perlu akur pada kehendak suami, berhijrah ke daerah ini, yang sehingga kini kudiami. Perlu berpisah barang seketika dengan bonda dikasihi walaupun title diri anak tunggal perempuan. Itulah bermulanya episod sebuah pengorbanan seorang isteri. Namun mama amat bersyukur dengan pilihan ini. Dia seoarang yang pandai berbahagi kasih, pada isteri, anak2 serta bondanya dikasihi. Dalam tempoh itu, mama kuat merajuk, suami pula bukan jenis memujuk. Dia seorang yang suka menyakat. sakatannya membuat mama mudah merajuk, merajuk sehingga dia pernah cakap dekat mama, kalau tak boleh ajak bergurau, duduk masjid. Walaupun dalam nada gurauan, ianya amat sinis bagi mama. Tapi kini, alhamdulillah rajuk2 itu tiada. Walaupun ada, mama sudah pandai memujuk diri. Syukur masuk 10 tahun perkahwinan, mama sudah hampir serasi hidup bersamanya. Dia juga sudah mula pandai mengikut rentak tari mama. Kami berpegang pada give n take. Sharing is caring.....Apa sahaja yang kami buat perlu perbincangan. Kami saling menunjuk ajar, sehingga kami matang dalam medan berumahtangga.
Buat pasangan yang baru atau bakal memulakan alam baru ini, banyakkanlah berdoa kepada Allah, mudah2an dikurniakan jodoh yang terbaik buat kita. Bagi mama, berkahwin ini seumpama kita mempertaruhkan nasib diri. Adakah bahagia atau sengsara.Bagaimana penerimaan mertua, ipar duai, terhadap kita. Semuanya kita tak tahu. Hanya dengan berdoa serta berusaha memperbaiki diri, insya Allah, Allah akan mudahkan jalannya. Jangan ikut rasa hati, kelak memakan diri. Ikut kata iman, insya Allah rumahtangga yang dibina bakal dilalui dengan penuh kekuatan dan kebahagiaan. Mama dulu sebelum berkahwin rajin juga buat research. Cari maklumat rumahtangga melalui internet, baca buku2 ilmiah serta berkongsi pengalaman bersama orang yang lebih lama berumahtangga. Apa yang penting, jangan jadikan kelemahan suami sebagai punca untuk kita membencinya, kerana kita juga punya kelemahan diri. Tiada insan yang sempurna di dunia ini. Sesungguhnya Allah itu amat pengasih, pernahkah kita terfikir, mengapa kita dijodohkan dengan suami kita sekarang? Kerana disebalik kelemahan diri kita , dia yang menampungnya, dan di sebalik kelemahan dirinya, kita yang menampungnya. Andai kita bijak mengaturnya, insya Allah rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia.
Banyakkan berdoa "Allahumma habib a'bdaka haza ila i'badikal mu'minin, wahabib ilaiyal mukminin " dan Allahumajma' bainana ma jama'na bikhair, wafariq bainana ila khair " Kata orang tua2...kalau kita nak tahu apa yang suami kita suka, tanyalah pada ibu atau kakaknya. Dan kalau kita berselisih faham, jangan diceritakan kepada ibu kita, tetapi cubalah berbincang bersama mertua. Tapi kena tengok juga mertua yang bagaimana. Mana ada rumahtangga yang tak dilanda badai, yang penting banyak mohon pertolongan dengan Allah. Kadang-kala ujian itu juga pengerat kasih sayang....normal is boring, sesekali gaduh2 manja seronok juga.....
Love u habibi - Abd. Shukor talib
Perfume cinta buat mama.....
Perfume ini
Hadiah daripada insan yang dicintai
Tak pernah kuminta itu dan ini
Datangnya sebagai hadiah buat diri ini
katanya sebagai mengenang jasaku yang tidak terperi
Melahirkan putera puteri
Hasil cinta kami
Perfume ini
Harum seharumnya
Mengingatkan kami
Episod bermulanya sebuah cinta
Di bumi anbiya' yang penuh warna-warni
Menjadi saksi aku memilihnya
Kerana kesabaran dan kesungguhannya
Menjadikan aku suri dihatinya
Terima Kasih duhai kekasih hati
Kerana mampu buat kejutan ini
Sesungguhnya harum perfume ini
Tidak seharum cinta nan suci
Antara kau dan aku kini
Bahagia hingga ke syurga nan hakiki.......
( Dreams unlimited - Body Shope )
Hadiah daripada insan yang dicintai
Tak pernah kuminta itu dan ini
Datangnya sebagai hadiah buat diri ini
katanya sebagai mengenang jasaku yang tidak terperi
Melahirkan putera puteri
Hasil cinta kami
Perfume ini
Harum seharumnya
Mengingatkan kami
Episod bermulanya sebuah cinta
Di bumi anbiya' yang penuh warna-warni
Menjadi saksi aku memilihnya
Kerana kesabaran dan kesungguhannya
Menjadikan aku suri dihatinya
Terima Kasih duhai kekasih hati
Kerana mampu buat kejutan ini
Sesungguhnya harum perfume ini
Tidak seharum cinta nan suci
Antara kau dan aku kini
Bahagia hingga ke syurga nan hakiki.......
( Dreams unlimited - Body Shope )
Libur Hari Minggu...
Semalam ( 02/05/11 ), adalah hari cuti sempena cuti hari pekerja. Jadi pada minggu lepas, mama berkesempatan cuti lama bersama bonda mama di Sri Pulai. Seronok tidak terkata, biarpun jarak antara rumah mama dengan rumah bonda mama bukanlah jauh sangat, lebih kurang 40 minit saja perjalanan.
Memandangkan suami nan tercinta sedang sibuk bergasak dengan nota2 kuliahnya kerana peperiksaan hari ini ( Selasa ), mama lebih banyak duduk di rumah bonda mama. Melayan karenah anak2 dan sempat melayari beberapa blog baru untuk dibaca. Sekurang2nya mama tidak kebosanan di rumah. Ada juga yang mama buat.
Mama juga sempat menziarahi anak saudara baru mama. Itupun dalam tempoh yang amat singkat, memandangkan kami kena balik ke Pontian sebab esok budak2 ni dah sekolah. Banyak persiapan yang tak buat lagi, gosok baju, kemas buku dan macam2 lagi. Sempat juga mama mendukung baby Hadif , maklum, bezanya dengan baby Auni hanyalah 2 bulan sahaja. Wajah Hadif iras abangnya Haikal cuma mungkin Hadif lebih tanpan sikit.Heheheheh.......
Oh ya, yang paling penting, mama sempat ke Jusco, bawa bonda mama jalan2 sambil mencari hadiah istimewa buatnya sempena hari ibu. Apa ya? Nantilah mama tulis dalam entri yang seterusnya. Seronok sebenarnya bila jalan2 bersama insan yang tersayang. Paling seronok kalau semuanya ada........
Monday, May 2, 2011
2 months 1 weeks Auni Hayati
Assalamualaikum...
Syukur pada illahi
Berkat susu ibu, Auni semakin sihat berisi
Sudah pandai senyum , berbicara walau tidak difahami
Tetapi mama bangga dengan semua ini
Semuanya kerana susu ini
Anugerah tidak ternilai daripada illahi.
Mama bersyukur lagi
Berat Auni mencapai 4 kg pada 28/3/11 tempohari
Mungkin sudah meningkat kini
Semuanya kerana susu ini
yang Auni minum setiap hari
Tiada tandingan di dunia ini
Kerana mama bilang inilah susu yang paling berkualiti
Semulajadi hadiah daripada illahi.
Buat Auni
Mama berazam lagi
Untuk teruskan penyusuan ini
Memang cabarannya sungguh tinggi
Meminta kesabaran yang cukup tinggi
Semata-mata untuk puteri ini
Yang mama doakan akan menjadi muslimah sejati
Permata yang bernilai tinggi
Yang bakal berbakti
Untuk agama, diri, keluarga dan juga bangsa sendiri........
Syukur pada illahi
Berkat susu ibu, Auni semakin sihat berisi
Sudah pandai senyum , berbicara walau tidak difahami
Tetapi mama bangga dengan semua ini
Semuanya kerana susu ini
Anugerah tidak ternilai daripada illahi.
Mama bersyukur lagi
Berat Auni mencapai 4 kg pada 28/3/11 tempohari
Mungkin sudah meningkat kini
Semuanya kerana susu ini
yang Auni minum setiap hari
Tiada tandingan di dunia ini
Kerana mama bilang inilah susu yang paling berkualiti
Semulajadi hadiah daripada illahi.
Buat Auni
Mama berazam lagi
Untuk teruskan penyusuan ini
Memang cabarannya sungguh tinggi
Meminta kesabaran yang cukup tinggi
Semata-mata untuk puteri ini
Yang mama doakan akan menjadi muslimah sejati
Permata yang bernilai tinggi
Yang bakal berbakti
Untuk agama, diri, keluarga dan juga bangsa sendiri........
Subscribe to:
Posts (Atom)












