Assalamualaikum.....
Syukur, diuji lagi dengan sakit mata. Sebelum tu, anak-anak diserang demam.....berturut2 macam keretapi. Bermula daripada Nukman, Muaz, en. Hubby, kakak Hanan dan Auni yang paling lama. Masuk dua minggu.....terpaksa juga bawa jumpa daddynya di PSH ( Dr. Ismail Haron ).....check-up, rupa2nya dak Auni ni demam sebab infection ditelinganya.....Hmm, rasa2nya first time dengar....doktor beritau mama, puncanya adalah selsema.....so mama-mama kat luar sana , kalau baby anda selsema, jangan ambil remeh ya..... sebab hanya kerana selsema, boleh membawa kepada jangkitan gegendang telinga. Namun, alhamdulillah, selepsa makan ubat Dhamol, Zinnat, Sterimar dan beberapa ubat lagi, dengan izin Allah, puteri mama bertambah sihat.....semakin keletah....aduhai adik!
Lepas adik, mama......biasalah...bila mama selesai menjadi nurse di rumah, akhirnya mama demam+selsema. Paling teruk mama diserang migrain dan........paginya, oh tidakkkkkkkk!!!!!!!!! Mataku menjadi merah......nasib baik mama ni spectacle orangnya......hari Jumaatnya masih lagi ke sekolah, manalah tau, bukan sakit mata...masih mengharap mungkin allergik habuk atau sebagainya. namun balik sekolah masih lagi merah dan bertambah merah.....so, pergilah menghadap doktor Amir kat klinik Permata......'' A ah kak...akak sakit mata ni........ esok saya kasi mc ya kak....." Hoooraaayyyyyyy......( tak hoooray pun) takder makna kalau cuti dengan sakit.....apapun mama terima, redho, dok fikir2 jugak, apalah dosa mama ni ya.....hmmm, takperlah bukankah sakit ni penghapus dosa? Itu tanda Allah masih sayang kat kita.....Dalam sakit2 mata tu, sempat jugak search maklumat berkaitan sakit mata...huhu...meh baca sama2 ya.....
Pengenalan
Konjunktivitis
adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian
putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus.
Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan, jangkitan bakteria dan
tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.
Tanda dan gejala.
Gejala-gejala
konjunktivitis termasuklah mata merah, discaj atau pengeluaran cecair
atau lender dari mata, mata terasa pedih dan kadangkala gatal serta
sensitif terhadap cahaya. Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau
kedua-duanya.
Komplikasi
Sesetengah
konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya
anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada
cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu
keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda
dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.
Rawatan
Rawatan
adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis.
Sekiranya gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia
boleh dirawat melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata
tersebut 3-4 kali sehari, disamping penggunaan ubat titis mata.
Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap
antibiotik diberikan. Sementara konjunktivitis alahan boleh dirawat
dengan ubat titis antihistamin atau ubat titis "mast cell stabilizer".
Pencegahan
Konjunktivitis
boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan
secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau
berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas
demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang
menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis
Maka,
langkah pencegahan yang paling penting adalah dengan membasuh tangan.
Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata.
Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda
mengalami gejala konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan
barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik.
Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk
sementara waktu. Dinasihatkan mereka yang terlibat di dalam sektor
penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, tidak bekerja
sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko
yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain