Monday, September 10, 2012

Kisah lebaran tahun ini.....2012@1433

Assalamualaikum, sobahul khair, wa kullu am wantum bialfi khair......

Masih lagi terasa mood raya...walaupun syawal sudah hampir menginjak ke penghujungnya....sangat tidak berkesempatan menulis pelbagai entri di dalam blog mama ni. Anyway mama akan himpunkan beberapa kisah dalam satu cerita.....

1 Syawal 1433 = 19 Ogos 2012







Tahun ni memang turn pagi raya di Pontian.....kira raya umah mak metua lah.....walaupun antara rumah MIL dan umah mama taklah jauh sangat...kira-kira lima minit gitu......tahun ni tahun pertama bagi mama merasai sendiri malam raya di masjid.....touching sangat, sebab hampir 11 tahun berumahtangga, inilah kali pertama mama menjejakkan kaki ke masjid untuk solat isyak kemudian bertakbir bersama-sama. Alhamdulillah, akhirnya impian mama tercapai, harap2 bukanlah yang terakhir......Malam tu, seperti biasa, mama ke masjid bersama putera dan puteri mama termasuk suami tercinta. Jemaah masjid taklah ramai....sedih pun ada, bila lihat masjid yang besar tidak diimarahkan sepenuhnya.....mungkin sibuk menyiapkan juadah untuk esok, ataupun sibuk di bazar2 raya , takpun ramai yang balik ke kampung....arghhhh, sangka baik ya.....namun sepatutnya malam raya inilah kita hiasi dengan tahmid dan takbir.....bukan selama ni mama mengelak untuk ikut serta. Sebelum ini, setiap malam raya, suami akan ikut serta membantu FIL di kedainya. Tapi syukur, tahun ini Allah beri ruang dan peluang kerana kedai telah diurus adik ipar. Jadi inilah peluang keemasan buat kami sekeluarga. Menitis air mata mama bila mendengar alunan takbir raya yang mendayu. Dua puteri mama hanya memandang, mungkin belum mengerti maksud air mata mama. Sedih.....pertama Ramadhan yang dicintai telah melabuhkan tirainya, terdetik di benak fikiran....adakah Allah masih memberi peluang buat kami untuk bertemu dan melalui Ramadhan yang penuh keberkatan?Mudah2an...amin..... Keduanya....sayu, mengenangkan roh2 yang tertangguh hukuman azab kubur dan neraka kerana menghormati bulan Ramadhan. Mereka akan kembali seperti sediakala, mengucapkan selamat tinggal buat seluruh kaum kerabat serta sahabat handai yang pernah bersama mereka.....tergambar, bagaimanakah mama jika di situasi itu? Allahuakhbar!
                 Balik daripada masjid, kami sama-sama menikmati juadah hari raya. Biasanya  MIL mama pantas orangnya. Semuanya dihujung jari....dah tersedia juadah raya yang sepatutnya dimakan esok. Ketupat, burasak, lepat, asam pedas.....dan lain-lain lagi dah memenuhi ruang atas meja. Di Pontian, malam raya mama tidak sesibuk kalau di rumah mama di Sri Pulai. MIL lebih suka malam rayanya dihiasi zikir dan tahmid anak beranak serta bacaan al-quran bersama-sama.....indahkan?
                  Hmmm, habis je takbir, apa lagi, budak2 termasuk bapak budak tak sabar2 nak meriahkan malam ngan mercun.....dapatlah mereka main mercun pop, bunga api dan yang besar2 tu boleh pulak main mercun roket.....siapa lagi kalau bukan suami dan adik ipar.....nampak sangat mesra ketika itu....inilah hikmah yang tersirat.......selesai main, kami minta izin untuk bermalam di rumah sendiri.........bertuahnya menantu sorang ni....:))


1 Syawal 1433 = 19 Ogos 2012

Tema kami tahun ni kelabu pink.....oklah tu.....pagi raya selepas bermaaf-maafan ( paling touching, sebab mesti ada adengan air mata ). MIL mama memang sangat sensitif orangnya, maklum pengalaman hidupnya mungkin menjadikannya insan seperti itu......lepas aktiviti tu, apa lagi aktiviti bergambar....nasib baik pak busu( panggilan buat adik ipar ) memang rajin jadi photographer dan kamera dia setanding kamera ahli photographer  jika nak dibandingkan ngan kamera mama yang biasa2 ajer itu......Macam biasa lepas ajer sesi bergambar, ziarahlah....umah mak long, makcik jami' barulah balik ke johor....


 Pagi raya kami di Taman Damai



Cinta Hati Mama.........



Keluarga kaka ipar........

Bujang2 atok ngan nenek........

2 anak dara yang semakin membesar.....nampak sebaya tetapi berlainan usia......yasmin dan nazrah

Mama ngan adik........ susahnya nak bergambar.......






Raya kedua 2012

Seperti tahun-tahun sebelumnya, mama akan pulang ke Muar bersama-sama keluarga disebelah mama secara konvoi. Tahun ni sangat indah....seluruh adik- beradik mama turut serta. Manis sungguh ukhuwah ketika itu.....teringat zaman kami remaja belia...gurau senda, sakat menyakat sudah menjadi satu tradisi dan hiburan sepanjang perjalanan. Konvoi yang disertai 4 buah kereta. Destinasi pertama menziarahi atok di Kg. Parit Sawah yang semakin uzur.....sedih dan terharu...moga atok cepat sihat dan dimudahkan segala urusannya.... Kemudian kami ke Kg. Pt Simpang, menziarahi adik beradik sebelah mak. Seronok, gembira, ikatan persaudaraan kembali bertaut ...... Kenyang perut tak boleh nak cakap.....rezekilah katakan...... dan disinilah berlakunya satu peristiwa yang tak boleh dilupai oleh budak bernama NUKMAN HAFIY...heheheh, maklum apabila anak bandar masuk kampung, gara-gara mengejar ayam, Man termasuk ke dalam lopak......apa lagi, naik hangin mama dibuatnya. Mananya tak.......habis berlumpur bajunya.....Man...Man......


Bersama anak-anak , adik ipar ( Erina ) dan andak.......

Inilah budak yang jatuh lopak dan admit PSH selama 1 hari sebab demam pada raya kedua...hukhukhuk

Angah Izam bersama familynya.......( adik mama no. 2 )

Muaz, Nukman dan Haikal bersama pakcik sepupu mereka yang bongsu........




Raya Ketiga 2012


Kami sekeluarga ke Kota Tinggi, menemankan mak merisik bakal menantu yang baru...hehehe...anyway tahniah buat andak n acik Izzah ya.....green light dah dapat.....insya Allah akhir tahun bertunang.......dah boleh wat persediaan ya......rasa seronok sebab bakal bertambah ahli baru...........doa mama moga apa yang kalian hajati aka diperkenankan Allah amin.....


Ini andak kami = Cikgu Zul (will be )

Ini pula acik Iza ( will be ) andak's wife, insya Allah









Saturday, August 11, 2012

Ramadhan di hati khalifah kecilku......


 



 Assalamualaikum.....

Salam berhujung minggu buat teman2 maya mama. Syukur Alhamdulillah, kini kita telah sama-sama menginjak ke fasa terakhir ramadhan. Mudah-mudahan, Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita semua.....moga Allah masih memberi peluang buat kita merasai kenikmatan Ramadhan itu lagi....sama-samalah kita berdoa.

Bercerita pasal Ramadhan, bererti hampir 3 minggu lebih mama melayani karenah khalifah2 kecil mama sepanjang Ramadhan. Syukur alhamdulillah anak2 mama yang sudah besar, kakak hanan dan abang Muaz sudah boleh berpuasa dengan baik. Walaupun abang Muaz tahun ni tak dapat berpuasa penuh kerana demam selama dua hari, namun mama lihat abang Muaz dan kakak Hanan masih boleh bertahan walaupun terpaksa bersekolah pagi dan petang, malah kakak Hanan boleh lagi menghadiri kelas tuisyen pada hujung minggu, tahniah anak2 mama!

Bila mama bertanya, kenapa kena puasa? Nak raya....itulah jawapan mereka. Lucu pun ada....tapi kalau kakak sudah agak matang menjawab soalan ini.....kata kakak  Allah yang suruh. Ya, betul kakak, puasa di bulan ramadhan ini adalah perintah Allah buat kita. Bukan sahaja Allah menyuruh kita menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah Allah suruh kita tahan nafsu kita daripada perkara-perkara yang tidak elok. Jaga mulut, jaga hati, jaga telinga dan segalanya. Malah puasa ini juga satu tarbiyah buat kita agar dapat sama2 merasai keperitan yang dilalui oleh mereka yang miskin, dhaif, tidak berdaya dan teman2 kita yang berada di negara kebuluran....Rasai keperitan itu...simpati dan empati anak2ku...Allahuakhbar!

Namun mama bersyukur, anak2 mama dapat merasai nikmat berpuasa ini. Bukankah Allah janjikan bagi orang yang berpuasa beberapa kegembiraan di dunia, antaranya waktu berbuka. Biarpun juadah tidak seberapa, namun kenikmatan dan kemanisan itu dapat kalian rasai......dan mama nampak itu di wajah kalian.........termasuklah adik Auni dan Nukman......

Mama bersyukur, sepanjang Ramadhan ini, kita banyak berbuka puasa bersama keluarga kita, merasai masakan dengan air tangan mama, melakukan solat berjemaah di masjid atau di rumah, dan sama bertadarus selepas subuh dan zohor. Bahagiakan anak2ku?

Tapi Ramadhan akan berakhir.....pasti kalian juga akan merindui momen indah itu.....namun setiap pagi kita akan berdoa bersama-sama sepanjang perjalanan ke sekolah, moga Allah memberkati kita di bulan Ramadhan ini, dan  memberi kita peluang lagi bersama-bersama untuk bertemu dan merasai kenikmatan dan keberkatan Ramadhan yang akan datang........amin.....amin...Ya Allah......



Tuesday, June 19, 2012

Auladina....

Assalamualaikum.......

Sudah 6 bulan 2012 membuka tirainya......mama masih lagi sibuk dengan rutin harian yang semakin bertambah...Ya Allah, berikan mama satu kekuatan dalam melalui detik-detik dan saat-saat itu sebagai satu ibadah kepadaMU. Begitulah resam hidup manusia, tidak akan beres kerja selagi hayat masih lagi bernyawa, walhal kalau telah memejamkan mata , ia tidak bermakna kita akan rehat selama-lamanya.
    Mahu bermula daripada mana, mama pun tidak tahu....bagi mama setiap saat-saat yang dilalui adalah detik-detik terindah dalam kehidupan yang dilalui, kerana masa itu tidak akan berpatah balik.Semuanya akan menjadi kenangan yang amat bermakna, sama ada manis atau sebaliknya.

 
Semenjak dianugerahi 4 permata hati yang meningkat naik, tugas mama semakin bertambah. Iman dan kesabaran mama juga diuji......memang, beginilah agaknya yang bonda mama lalui ketika membesarkan  kami lima beradik. Mereka lahir daripada bonda yang satu,berkongsi  benih yang sama, bersemayam di rahim yang juga  sama...namun indahnya ciptaan Allah, mereka lahir dalam keadaan individu yang sangat berbeza, paras rupa, emosi, karekter  dan segalanya. Variasi yang pelbagai inilah menjadikan mama semakin ligat mencari sesuatu agar khalifah kecil mama ini dapat membesar dengan baik, cemerlang, soleh dan solehah. Ya Allah, sesungguhnya mama tidak kuat melalui keseorangan, mama perlukan bantuanmu, didikanmu, sokonganmu, kerana mama yakin, sesungguhnya Allah mahu memberi sesuatu yang sangat berharga buat mama. Mama mengharapkan, suatu hari nanti, putera puteri mama dapat membaca coretan hati mama. Menyelami perasaan mama, mama mahu kalian tahu, bahawa mama sangat2 menyayangi kalian lebih daripada nyawa mama sendiri. Tidak ada bonda yang mahu melihat anak yang dikandungnya pincang dipertengahan jalan, alpa dengan kenikmatan dunia, lolos dengan kesibukan masa......justeru itu, setiap bebelan mama adalah tarbiyah, setiap cubitan mama adalah cinta, setiap nasihat mama adalah kasih dan sayang. Hanya satu wahai anak2 mama ( yasmin, muaz, nukman dan auni ), mama mahu kalian jadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat, soleh dan solehah yang dapat membantu mama dan abah apabila kami tiada  kelak........
      

Saturday, February 4, 2012

Santai penghujung Disember ......






Kenangan itu akan utuh di sanubari........moga kebahagiaan yang diberi, menjadikan mama insan yang paling bersyukur padaMu illahi. Pasti, mama akan merindui momen2 ini bersama kalian........moga wajah-wajah ini menjadi penawar dunia dan bekalan akhirat buat mama dan abah kelak...amin.

( Akhir Disember 2011- Pulai Desaru )

Memories....