Sunday, May 29, 2011

walimah oh....walimah.....

Cuti sekolah dah bermula...maka beermulalah juga episod walimah bagi teruna dan dara or janda dan duda or yang seangkatan dengannya bagi membina masjid yang diredhoi Allah. walaupun mama bukanlah golongan yang akan membina masjid, kerana dah terbina pun sebuah masjid hampir 10 tahun yang lalu, dan alhamdulillah mama cukup bahagia bersama imam dan makmum2 cilik mama, namun mama sekeluarga tetap mendapat tempiasnya bagi memenuhi tuntutan sesama manusia dan sedara seislam. 28/5/11 saja sudah 3 jemputan yang kami penuhi. Kalau diikutkan ada beberapa lagi yang tak dapat kami penuhi atas sebab2 tertentu. Mohon maaf kepada tuan rumah.......dan kepada para mempelai, mama doakan moga jodoh yang dibina berkekalan hingga ke syurga....amin ya rabbina. Jom enjoy tengok beberapa gambar yang dapat abah snap......

Atas tu mama ngan Auni.....Auni memang baik.....sepanjang majlis dia tido..hanya kat umah terakhir saja dia bangun.....itupun tak meragam......just smile 4 mum saja.....good girl!


Kat umah terakhir , umah mak long...sedara belah suami.....dekat pun ngan umah.....yg hijau tu kakak ipar....MIL kat belah kanan tu....

Auni ngan mama.......

Bertemakan putih ngan merah.....doa mama moga bahagia hendaknya pasangan Hairiah dan suami.....cepat2 dapat baby ya......:)

Times-up!

Assalamualaikum....

27/5/11 Jumaat, bermakna sudah cukup 3 bulan mama bercuti
bererti juga baby Auni telah pun 3 bulan
syukur alhamdulillah
Auni semakin sihat membesar di bawah jagaan mama
sudah mula mahu meniarap dan mengunjur ke hadapan
mulut pun dah semakin riuh......
paling mama suka bila mama bedung Auni ngan kain batik..
mama tepuk2 sikit dan mama mengalunkan zikir..
Auni pun ikut sama riuh, sambil tersenyum...
Auni tertidur...
Syukur, setakat ni Auni tak banyak ragamnya.......
mama pun dah boleh faham apa kehendak Auni dan Auni juga cuba memahami rentak mama...
thanks my sweet heart..
little princess.....
Rezeki Auni...mama dapat xtra 2 weeks lagi sebelum mama start kerja semula....so mama akan manfaatkan waktu ini bersama2 Auni, juga abang Muaz, abang Nukman, kakak Hannan and....our Hero.......abah cayang!

Friday, May 27, 2011

Kebun lagi........

Assalamualaikum......

Selamat bercuti dah......
Aha...nampaknya mama ada 2 minggu lagi xtra utk baby Auni yang cute miut......
Nak citer skit pasal hobi lama yang subur kembali....
sebenarnya dah beberapa minggu aktiviti ini berlangsung..
sebelum Mr. "S" mama pergi lawatan ke Kelantan.....
Jom lihat koleksi pokok2 terbaru mama....
yang atas tu sebahagian koleksi bunga kertas mama....bunganya oren.



yang ini koleksi bunga kertas kesayangan mama.......semakin mekar ngan bunga2nya....sayang sangat......
3 pokok baru kesayangan mama........baru tanam berdikit2........yang tgh tu bonsai, uda yang tolong tanam..cam tu gak ngan kemboja 2 warna ni.....hanya yang kanan sekali tu mama yang tanam.

Cik abang yang memang suka bercucuk tanam......dah lama aktiviti ni terkubur dek kesibukannya menghadiri kelas......mama kasi idea je....abang yang tanam.....heheheh

Sebahagian pokok yang selamat ditanam dihalaman teratak kami......

Sunday, May 22, 2011

Air

Ni apa ni siap gambar botol air lagi? Hahahaha......ni adalah persaingan sihat antara pasangan suami isteri.....siapa yg banyak minum air dalam satu hari. Dalam sehari kami akan habiskan 3 botol air ni..tak terkucil ke? Itu sudah tentu.....kan proses perkumuhan juga merupakan proses penyingkiran toksin. Mana satu mama punya ya? Ce teka...ce teka......Yang hijau tu mama punya...( alamak! siap ada label HERBALIFE pulak dah.......) dan yang biru tu my hubbylah.

Kenapa ya kena minum air? Sebab kebanyakan cecair yang ada pada badan kita adalah air. 90% otak kita mengandungi air, otot 75%, tulang 22% dan darah 83%. Tapi ramai sebenarnya di luar sana yang mengabaikan pengambilan air yang mencukupi untuk tubuh badan sendiri. Pengambilan air ini, adalah air kosong/air masak...bukan air kopi/air teh/sirap or etc yang seangkatan dengannya.

Mama bukan apa, bila usia dah semakin menginjak ke fasa yang lebih dewasa, terfikir terus nak jaga kesihatan badan secara lebih serius dan konsisten. Maklumlah bila badan kita sihat, dapatlah kita ibadat dengan sempurna dan baik......boleh jaga kebajikan anak2 ngan suami......sebab tu kami sekeluarga sedang menjalani rutin baru secara serius.....bila anak2 tengok mama ngan abahnya bergelen2 minum air......mereka pun sibuk keluarkan botol air masing2, start daripada si kakak sehinggalah abag kecik Nukman......cuma Auni jek takde botol air...sebab botol air Auni semulajadi...Auni tak perlukan air masak or susu lembu...sebab apa yang Auni minum ni dah cukup keperluannya...so, ibu2 kat luar sana jangan risau anak lapar atau tak cukup zat bila menyusu kita.Ingat, setiap pemberian Allah tu ada manfaatnya dan mengikut kajian sains, kualiti nutrisi susu ibu terhasil mengikut usia bayi kita.....so, jangan jadikan susu lembu sebagai alternatif nak mudah.....memang susu ibu ni kita kena korban lebih sikit...tapi hasilannya...lihatlah nanti..anda pasti tersenyum.

Bercakap pasal air......mama memang sejak dulu amat menitik beratkan air masak buat anak2. Alhamdulillah, boleh juga budak2 tu ikut telunjuk mama. Bukan apa, cuba kita lihat anak2 orang cina. Mereka telah dilatih minum air kosong sedari bayi lagi. jarang mama lihat mereka minum air manis. Kalau ke sekolah..hah...botol besar tulah yang mereka bawa, tanpa rasa segan . Tapi anak2 kita ( orang melayu ) alahai...botol tu setakat malu2 kucing je....dahlah kecil, air sirap pulak tu...itu belum air manis di kantin sekolah. So, tugas siapa ni? Of courselah tugas kita..mama/ibu/umi/mommy terapkan kepentingan minum air kosong buat anak2 kita.Takper je, belikan mereka botol yang besar sikit......tak usahlah guna botol2 minuman mineral tu..bukan elok sangat jika digunakan terlalu kerap.

Ok kat bawah ni, mama nak share kepentingan air dan kesan kekurangan air. Moga2 kita dapat manfaat bersama.....

Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
Air melindungi dan melembabkan rawan

kurang air kita akan jadi......

Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian

Mama dah rasa bahananya kalau kurang air. Sakit kepala ( migrain ), sembelit, letih dan senang cakap apa yang ada kat atas tulah. Tapi alhamdulillah setelah berusaha memperbaiki diri, masalah tu mmng kurang..semakin hari semakin kurang. Bila dah terbiasa minum air banyak, takkan rasa nak termuntah...meh cuba sama......untuk info setiap 25 kg berat kita, kita perlu minum air kosong sekurang2nya 1 liter. ( 50 kg = 2 liter air masak dalam 1 hari ), so anda kira sendirilah ya......

Bila badan kita sihat, banyak ibadat boleh kita buat. Bila kita sakit, siapa yang nak urus anak2 yang masih kecil.....ingat 5 perkara sblm datang 5 perkara ( sihat sebelum sakit....)

Friday, May 20, 2011

Jepun @ Jordan

Assalamualaikum.....

Dulu masa sekolah mama bercita2 sangat nak belajar sampai ke Jepun....dari sekolah rendah tau! Mungkin masa zaman tu, di televisyen banyak menyiarkan cerita2 drama Jepun. paling mama ingat citer Cun bola tampar ( yang pusing2 ala2 sumasau ), siap berangan masa tu nak jadi pemain bola tampar yang hebat. Hehehe...dan satu lagi drama tentang pekerjaan para pramugari di kapal terbang...memang best sangat sehingga meninggalkan impak dan kesan yang agak mendalam di jiwa anak2 kecil macam mama ketika tu. Yalah, bila cikgu kat sekolah nak isi kad 001, bila ditanya pasal cita2...mesti mama akan sebut, doktor, pramugari, cikgu.....aha....yang mana sudah kena.......tentulah CIKGU!

Lagi satu mama suka sangat bila dengar cerita pasal masyarakat Jepun yang berbudi bahasa dan budaya ilmu mereka. Ini mama dapat daripada Pn. Rokiah , guru BM mama masa darjah 6 Cempaka dulu.Cikgu Rokiah pernah berpeluang ke negara matahari terbit tu...so apa lagi, dia citerlah kat kami semua sambil terlopong mendengarnya.

Kat Jepun ada salji....masa kecil teringin sangat nak main salji, maklum kat sini takde.....kalau dapat turun hujan batu sekali- sekala seronoknya tak terkata..terlompat2 adik beradik....dan mama suka sangat bunga sakura, sebab bunga sakura cantik dan warna pink.

Heehehehe...itu kisah berpuluh tahun dulu. Ketika usia masih lagi mentah. Sekitar usia 10-12 tahun. Belum mengerti istilah " hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri ". Yang mama tahu, nak main salji, nak pakai kimono, nak tengok bunga sakura. Namun cita2 dapat juga direalisasikan apabila mama berpeluang menjejak kaki di bumi Jordan selama 5 tahun. Aduh.....penuh suka,duka, manis pahit yang jika dihimpun menjadikan sebuah kehidupan yang penuh warna-warni.......Tiba2 malam ni teringat sangat kenangan 15 tahun dulu. Start 1997-2001. Oh Jordan.......jom kita ronda2..........

Inilah kuliah mama - kuliah syariah, jurusan undang2 islam. Di sinilah mama mempelajari pelbagai jenis hukum-hakam dan macam2 lagi ilmu duniawi dan ukhrawi . Air mata tak usah nak cakap. Daripada tidak boleh berkomunikasi dalam b. arab akhirnya mama berjaya juga.... Segulung ijazah berjaya mama genggami di kuliah ini. Syukran ila duktur wa dukturah......Allah yurdhi a'laikum kasiran.........




Mushi2......hai mama pun belajar bahasa yaban tau.....dapat A lagi. Thanks to sensei ( alamak tak ingat nama sensei). Kat sini mama berpeluang belajar bahasa dan kaligrafi jepun takagana dan hiragana. Memang susah pada mulanya.....tapi paling best bila dapat practice berkomunikasi.....mesti ada perkataan "haik"! Sempat berposing pakai kimono...mak aihhhhh.....rupanya pakai kimono ni cam pakai bengkung org bersalin, lagi ketat...sebab tu wanita Jepun still maintain.....slim-melim....( sebab tu jugak PB pun diperbuat daripada teknologi Jepun )Arigatao Gozaimashtak.....

Winter oh winter......ni di kawasan univ mama. Bila tiba musim sejuk ni, pakaian dah ala2 beruang kutub. Nak sangat kan salji...ha....sebenarnya musim sejuk ni panjang. Bermula pada awal sejuk sehinggalah salji nak mencair.....Ya Allah sejuknya tak terkata. Sehinggakan kalau nak bangun daripada tido untuk solat subuh amat bercinta...sebab amat sejuk....dan sekitar dalam rumah sentiasa dihidupkan sobah ( pemanas ). Seingat mama sepanjang berada di sana salji yang paling tebal adalah paras peha...bayangkan? Nak keluar pun tak boleh......berteleku dalam bilik jelah.....

Sungguh damai......tahun pertama jakun sgt.Yalah bila kita bercakap keluar asap daripada mulut. Cam dragon pun ada. Pas tu hidung pula macam clown.....pink kerana sejuk....sebab tu kami pakai mafla ( selendang) utk tutup mulut.

Pokok2 hampir luruh sebelum tibanya syita' ( winter ).

Ni semasa musim saifi ( panas ). Seronok time ni...bila dah sejuk lama sgt....( biasanya start winter sekitar akhir Dis - awal Jun ). Musim panas boleh pakai baju nipis taklah tebal dan yang paling best panas sana badan anda takkan melekit. Bila panas angin sepoi2 sahaja..... Bila spring datang, kawasan univ penuh warna-warni. Takk dan nak upload semua gambar...mailah datang umah...kita tgk album...mama mmng suka bergambar sebab kenangan di sana takkan kembali lagi......:(

Inilah univ mama.....ala2 macam kat London@ Jepun jekan bila dah di saluti salji.....Hmmm...bila dah tulis entri cam ni....rindu itu datang lagi...selalu juga cakap kat hubby...." yg, jom kita kumpul duit, gi Jordan...saja jalan2, tengok balik jamiah, suweileh, bandar Amman....Tapi kita kena kumpul lebih, sbb nak bawak askar2 kita yang ramai ni....." Tak tahulah bila mama akan sampai lagi ke sini...........Rindu tidak terkata.....di sini mama dewasa mengenali rencah kehidupan. Belajar berdikari tanpa keluarga nan tercinta...dan yang paling indah, di sini mama terlalu rapat denganNYA yang menjadi tempat mama bergantung harap....kerana hanya DIAlah yang sudi mendengar rintihan hati mama bila mama suka atau berduka, gagal atau berjaya jua bila mama terlalu rindu pada keluarga nan tercinta...Ya Allah, syukur padamu kerana meminjamkan aku Jordan sebagai destinasi permulaan untukku mengenali erti kehidupan dan rasa kasih sayangmu, biarpun hanya 5 tahun....
Amman, Jordan, Suweileh, Univ.of Jordan juga geng2 GBS ( kak hanan, kak erli, kak nad, azi, liza dan yati )mama rindu kalian.......rindu sgt2 kenangan itu......

Selamat Hari Guru......

Assalamualaikum....

Rasanya dah beberapa hari tak menjengah baiti mama yang ini....
Maklum, akhir2 ni, mama sangatlah sibuk..
Sibuk ngan urusan rumah dan anak2..
Siapa kata kalau cuti bersalin ni, kita dapat cuti/rehat betul2
Never....tapi tak taulah mama kalau orang lain.....
Mungkin kalau anak baru satu, boleh rehat kot....tapi kalau dah 2, 3, dan 4 cam mama...aduhai......

Masih lagi bulan Mei 2011
rasanya belum lewat nak ucap "selamat hari guru " buat........

1. En. Paiman b. Hj. Johari & Pn. Junaidah bt. Paujan ........biarpun mereka bukan seorang guru, tapi merekalah "GURU" pertama yang mama kenali, sejak di alam rahim sehinggalah kini merekalah guru mama yang tak pernah jemu menunjuk ajar mama....Terima kasih mak, abah, tanpa kalian berdua, mama tidak akan ke tahap ini!

2. Diri sendiri...ahaks!.....appreciate dirilah.....Tahniah buat Lela kerana sudah hampir 10 tahun dalam dunia pendidikan ini.....daripada seorang GSTT sehinggalah berjaya melangkah ke profesion ini....Sesungguhnya mama bangga menjadi guru.....kerana guru di sekolah itulah menjadikan mama guru di rumah.

3. My darling......En. Abd. Shukor b. Talib......Moga success dalam kerjaya dan lapangan ini seterusnya mengejar cita2 "itu"......mama tumpang bangga.......anda idolaku......lepas ini mama mesti mencari visi dan misi.......

4. Andak yang loving kat budak2 ( Cikgu Mohd. Zulhairi b. Paiman ) - satu2nya adik mama yang berkecimpung dalam profesion ini.....bakal guru...insya Allah jangan putus asa dengan dunia anak2 kecil.....saya tahu anda boleh! Selamat maju jaya andak....-from me n anak2 buah ( yasmin, muaz, nukman & auni ).

5. Teman2 SMK Tunku Abd. Rahman Putra, Kulai...... Jan 2002 mama menimba ilmu di sini. Thanks kpd. PPd Kulai kerana memberi mama peluang mengajar di sini dan menyelami dunia anak2 remaja......

6. Teman2 SMk Skudai Jan 2003- April 2004 .......Banyak pahit manis di sini...rakan2 terlalu rapat macam adik -beradik. Paling tak boleh lupa bila kena kije pada cuti hujung tahun......kerja yang berat, akhirnya menjadi ringan.......( esp : ruhaizan, syida, ct azizah,ruby, linda, hafeezal, sofyn dan beberapa nama yang tak berapa mama ingat )

7. Adik2 n kakak2 juga sahabat2 di SKTU 3.....Wow! inilah dunia sebenar mama sebagai pendidik di uji.... April 2004 - Dis 2009. Terlalu banyak ilmu keguruan yang mama cedok di sini. Dari tak tahu kepada tahu. Begitu juga dengan ragam manusia. Tapi mama cukup senang berada di sini. Kami dah macam adik-beradik. Jika bukan kerana tuntutan diri dan keluarga, mama sanggup di sini....Syukran banyak2 U3 kerana beri mama ilmu yang terlalu banyak ini...... ( buat teman2 PI : ck na, kak aida, kak juwina, wani, radhiah n rubi.....oho....manisnya saat2 kita bersama) !
#group banglow kami- ck syidah, murne, kak aishah, fizah n ck na( my best friend ) ahaiii...rindu pulaks.....

8. Sahabat2 SKPN.....Dis 2009-Jan2010.....walaupun sekejap, mama bersyukur di beri peluang mencari ilmu di sekolah baru ini......dedicated for : kak dewi, dayah, sue, ilhami, -rindu saat2 waktu ptg kita bawa bekal dan makan sama2.....sangat cool sekolah ni.
Kak sab, kak maria, kak mona....thanks atas salam ukhuwah...jua buat semuanya......

9.Teman2 SK Bandar Pontian.....nampaknya saya masih baru mengenali team baru di sini....tapi bersyukur..semuanya friendly dan baik hati. Tahun ni saya tak dapat menyambut hari guru bersama mereka. Syukran atiqah, sebab gantikan akak buat sementara ini...

10. dan yang penting buat guru2 mama di Sek Tadika Perpaduan Kg. Tok Siak, Majidee, SK Angkatan Tentera, SK Batu 10, Sek Agama Annur Bt 10, SMAKJ Kluang, Maahad Johor, duktur wa dukturah fi Al- Jamiah Urduniah, Amman, Jordan - Univ. of Jordan, serta pensyarah di IPG Bangi.....syukran yang tidak terhingga kerana berusaha mendidik saya dan mencurah selautan ilmu yang takkan habis sehingga saya juga bergelar seorang " pendidik ".....dan mengharap agar ilmu yang baik daripada puan2 dan tuan2 sekalian bakal saya panjangkan agar ianya menjadi bekalan buat kita bersama apabila kita tiada kelak. Semoga anak2 yang kita didik ini bukan sahaja berjaya di dunia malah menjadi hamba yang berjaya di akhirat kelak......Insya Allah...

Terima Kasih Cikgu.......

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu



Ibu
Waktu itu mengujimu
Ku kau gendong ke sana-sini
Semakin hari semakin beban
Namun bagimu ianya harapan
Setelah sampai nisbah ketentuan tuhan
10 hari dan sembilan bulan
Bercucuran air mata kegembiraan
Walaupun kesakitan memetir bak taufan
Aku kau sayangi
Aku kau kasihi
Tak luak kasihmu ibu
Tak lekang perhatian kau padaku
Aku terus membesar
Seiring masa yang beredar
Kau sentiasa di sisi
Memberi harapan pada diri ini
yang kau harapkan sejak dulu

Ibu
Aku berjanji selagi dayaku
Harapanmu pasti hidup
Impianmu pasti mekar suatu hari nanti
Takkanku biar kau diluka
Oleh setiap perilaku ku
Atau sesiapa jua yang ada kini
Kau lah yang satu
Wahai anak diluar sana
Ibu tiada gantinya
Dialah satu buat selamanya
Walau apapun yang terjadi
Jangan sekali kau guriskan
Hati mereka yang mendatangkan
Kau ke dunia ini
Dengan segala payah dan sengsara
Merekalah permata yang berharga
Walau tercampak ke mana jua
Takkan susut harganya
Takkan hilang serinya
Wahai ibuku
Ku selalu mengharapkan
Agar setiap masa kita bersama
Aku sepi tanpamu
Aku sunyi bila kau jauh
Aku rindukan belainmu
Oh ibu datanglah padaku
Selagi nyawa ini bersatu dengan jasad
Takkan sekali-kali kau kulupakan
kerana matilah hatiku bila kau ku lupa
hilanglah arahku bila kau tiada

Ibu
Kaulah satunya ibuku
Oh tuhan
Ibuku banyak berjasa padaku
Kau lindungilah dia dari petaka
Dunia dan akhirat sana
Tak sanggup kulihat ibuku derita
Pindahkanlah segala duka itu padaku
Tak mampu aku menahan sebak
Andai ibuku kau uji
Sekali-kali air mataku mengalir
Mengenang sakit dan derita yang ibu tanggung
Semakinku kenang semakin ia bergenang
Tuhan andai ibuku ada silapnya padamu
Ampunilah dia, terimalah doaku buatnya
Dia aku harapkan padamu
Agar bersama mereka yang kau payungi
Dengan rahmatmu yang maha luas

Ibu
Dengarlah...
Andai sampai waktu tuhan menentukan
Saat perpisahan yang pasti terjadi
Samada aku atau kau
Ingatlah hati ini telah terukir indah namamu
Nama ibu yang aku rindu
Nama ibu yang aku sayang
Nama ibuku yang satu.


Buatmu bondaku Pn. Junaidah binti Paujan, MIL Hjh. Siti Hussin ( Terima kasih atas pengorbananmu serta kasih sayang yang tidak berbelah bagi ) & diri ini yang sememengnya sudah bergelar " mama""" kepada 4 cahaya mata ( Hannan, Muaz, Nukman 7 Auni ) -moga daku mampu menjadi mama yang terbaik buat putera-puteriku, amin......

Wednesday, May 4, 2011

Jadual imunisasi

Auni kena cucuk.....


Assalamualaikum

Petang tadi Auni jumpa Dr. Zaliah
Alhamdulillah, Auni tak demam lagi
Berat Auni dah bertambah kepada 4.6 kg
Syukur pada illahi
Auni nangis tak terperi
Kasihan mama lihat Auni kena cucuk kat punggung
Dr kata kurang sikit sakitnya

Auni terima suntikan imunisasi
Dapt/Polio/Hib Hepatitis B ( Dos kedua )
Khas untuk usia 2 bulan
Senang cakap 3 serangkai
Dr kata maybe Auni akan demam
Sebagai tindak balas imunisasi pada tubuh badan
Sebab tu balik, mama terus kasi Auni ubat demam

Sempat abah ajak mama, abang Muaz, abang Nukman dan kakak Hanan
Makan2 kat Kemangi Restoran
Nasib baik Auni lena tido
Senang mama makan
Minum air barli suam
Hmmmm, sedapnya.....

Selepas makan
Abah ajak kita shoping2 kat Billion
Mama sempat singgah beli produk Simply siti kat Watson
Hahahaha...nak jadi siti ke ma?
Abah perli mama, tapi mama tak kisah pun
Mama belikan gelang kaki buat Auni
Banyak loceng
Senang mama kesan Auni dah bangun ke belum.....

Tuesday, May 3, 2011

3 tahun buat Nukman Hafiy


Assalamualaikum..

Wah...sudah besar ya anak mama ni.....
Bila besar, man nak jadi apa?
Nukman : Imam muda...
Hmmm, hebat juga
( mudah-mudahan ya nak .....)


Selamat Hari lahir
Nukman Hafiy b. Abd. Shukor
3 tahun sudah anak mama ni
Semakin bijak berkata2
Seorang abang yang prihatin
Mama paling suka bila dengar abang Nukman nyanyi lagu ibu serta zikir
Sangat comelll........

Mama dan abah doakan
Moga Nukman beroleh kesihatan yang baik
Rezeki yang murah dan mudah
Umur yang panjang dalam ketaatan kepada Allah
dan paling penting
Moga jadi anak yang soleh
Menjadi harta mama dan abah yang paling berharga
Buat bekal mama dan abah di alam sana.........

Kahwin ....



Mama bukanlah insan yang teramat layak untuk menasihati, tetapi sekadar berkongsi, walaupun masih hijau di medan ini, insya Allah mana yang baik kita kongsi, yang jelek kita perbaiki agar bahtera ini bisa belayar dengan aman walaupun badai datang ibarat tsunami. Yang penting kebergantungan diri pada illahi, tanda kita tidak melupai setiap pinjaman yang diberi........


Entri ini dedicated buat seorang gadis yang mama panggil miss Nia. Harap2 Miss Nia berpeluang membaca entri mama kali ini. Sebagaimana janji mama padanya, insya allah mama sudi berkongsi.Sebuah kehidupan berumahtangga yang penuh warna-warni.


Mama mendirikan rumahtangga seawal usia 23 tahun. Kami seusia, hanya bulan sahaja yang menjadi bezanya. Bertunang pada 20/08/2002 ketika kami masih menuntut di tahun akhir. Istimewanya pertunangan ini tidak dihadiri bakal pengantin kerana kami masih lagi menuntut di sebuah negara yang jauh beribu batu. Untuk pulang ke tanahair memerlukan kos yang agak mahal, jadi hanya keluarga sahaja yang menjadi saksi bermulanya detik baru dalam kehidupan kami. Namun , mama tak pernah rasa terkilan bersedih hati. Walaupun tidak berpeluang menerima sarungan cincin daripada bakal mertua, tidak dapat mengenakan busana yang cantik2 serta duduk disinggahsana seperti yang ada-ada, mama amat bersyukur, kerana ianya tidak terkesan dalam hati. Tak pernah nak rasa kempunan, sebab mama buat semuanya ini kerana Allah. Mama berpegang pada prinsip, permulaan yang baik, insya Allah akan berakhir dengan yang baik juga.

Bukan senang sebenarnya untuk memilih pasangan hidup yang betul2 serasi dan sesuai dengan kita. Apatahlagi lelaki itu tidak pernah dikenali , malah belum lagi dicintai. Sebelum mama menerima salam perkenalan daripada si dia ( suami mama ), mama telah membuat solat istikharah. Pada mulanya istikharah ini hanya untuk meminta petunjuk atas sebuah ikatan yang masih terawang2, yang belum berjumpa jalan. Peliknya, mama bermimpikan si Dia yang tidak termasuk di dalam senarai list mama. Cantikkan jalan jodoh yang Allah ingin pertemukan? Tiga kali mama istikharah, tiga kali juga Dia hadir dalam mimpi itu. Memakai jubah putih, mengambil wudhuk dan bersolat di sebuah masjid yang tidak mama ketahui. Perasaan mama ketika itu tidak keruan, mengapa lelaki ini yang sepatutnya hadir, sedangkan kami tidak pernah berkawan malah hanya mengenali secara jauh sebagai rakan sekuliah. Usaha mama tidak ternoktah disitu sahaja, malah mama teruskan dengan solat hajat berulang kali dengan diakhiri doa : " Ya Allah ya tuhanku, andai dialah jodoh untukku, mudahkanlah jalannya, dan bukakanlah pintu hatiku untuk menyayanginya begitu juga dia ". Alhamdulillah, berkat petunjuk Allah akhirnya jalan jodoh itu mula terbuka, semakin lama semakin mudah sehingga kami bertunang dan pada 13/10/2001 kami sah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Thank you ya Allah.

Alam berumahtangga tidak sama seperti alam bercinta. Jika bercinta kadang-kala kita tidak akan mempamerkan diri kita yang sebenarnya. Tipu kalau ada yang mengatakan bahawa dia telah mempamerkan 100% sikapnya yang sebenar pada pasangannya. Silap haribulan kena reject terus. Tapi alam berumahtangga ini menjadi medan terpamerlah semua sikap kita luar dan dalam. Mungkin ada sesetengah pasangan tidak boleh menerima kejutan sikap sang suami atau isteri. Tapi bagi mama semuanya perlu tolak ansur. Seperti mama, tahun pertama, kedua, adalah tahun air mata. Bukannya kami bergaduh, tetapi dalam mencari titik keserasian di antara 2 insan yang berbeza latar belakang serta kehidupan benar2 menguji kesabaran serta kecekalan. Apatahlagi , sesudah berumahtangga, diri ini perlu akur pada kehendak suami, berhijrah ke daerah ini, yang sehingga kini kudiami. Perlu berpisah barang seketika dengan bonda dikasihi walaupun title diri anak tunggal perempuan. Itulah bermulanya episod sebuah pengorbanan seorang isteri. Namun mama amat bersyukur dengan pilihan ini. Dia seoarang yang pandai berbahagi kasih, pada isteri, anak2 serta bondanya dikasihi. Dalam tempoh itu, mama kuat merajuk, suami pula bukan jenis memujuk. Dia seorang yang suka menyakat. sakatannya membuat mama mudah merajuk, merajuk sehingga dia pernah cakap dekat mama, kalau tak boleh ajak bergurau, duduk masjid. Walaupun dalam nada gurauan, ianya amat sinis bagi mama. Tapi kini, alhamdulillah rajuk2 itu tiada. Walaupun ada, mama sudah pandai memujuk diri. Syukur masuk 10 tahun perkahwinan, mama sudah hampir serasi hidup bersamanya. Dia juga sudah mula pandai mengikut rentak tari mama. Kami berpegang pada give n take. Sharing is caring.....Apa sahaja yang kami buat perlu perbincangan. Kami saling menunjuk ajar, sehingga kami matang dalam medan berumahtangga.

Buat pasangan yang baru atau bakal memulakan alam baru ini, banyakkanlah berdoa kepada Allah, mudah2an dikurniakan jodoh yang terbaik buat kita. Bagi mama, berkahwin ini seumpama kita mempertaruhkan nasib diri. Adakah bahagia atau sengsara.Bagaimana penerimaan mertua, ipar duai, terhadap kita. Semuanya kita tak tahu. Hanya dengan berdoa serta berusaha memperbaiki diri, insya Allah, Allah akan mudahkan jalannya. Jangan ikut rasa hati, kelak memakan diri. Ikut kata iman, insya Allah rumahtangga yang dibina bakal dilalui dengan penuh kekuatan dan kebahagiaan. Mama dulu sebelum berkahwin rajin juga buat research. Cari maklumat rumahtangga melalui internet, baca buku2 ilmiah serta berkongsi pengalaman bersama orang yang lebih lama berumahtangga.
Apa yang penting, jangan jadikan kelemahan suami sebagai punca untuk kita membencinya, kerana kita juga punya kelemahan diri. Tiada insan yang sempurna di dunia ini. Sesungguhnya Allah itu amat pengasih, pernahkah kita terfikir, mengapa kita dijodohkan dengan suami kita sekarang? Kerana disebalik kelemahan diri kita , dia yang menampungnya, dan di sebalik kelemahan dirinya, kita yang menampungnya. Andai kita bijak mengaturnya, insya Allah rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia.

Banyakkan berdoa "Allahumma habib a'bdaka haza ila i'badikal mu'minin, wahabib ilaiyal mukminin " dan Allahumajma' bainana ma jama'na bikhair, wafariq bainana ila khair " Kata orang tua2...kalau kita nak tahu apa yang suami kita suka, tanyalah pada ibu atau kakaknya. Dan kalau kita berselisih faham, jangan diceritakan kepada ibu kita, tetapi cubalah berbincang bersama mertua. Tapi kena tengok juga mertua yang bagaimana. Mana ada rumahtangga yang tak dilanda badai, yang penting banyak mohon pertolongan dengan Allah. Kadang-kala ujian itu juga pengerat kasih sayang....normal is boring, sesekali gaduh2 manja seronok juga.....

Love u habibi - Abd. Shukor talib

Perfume cinta buat mama.....



Perfume ini
Hadiah daripada insan yang dicintai
Tak pernah kuminta itu dan ini
Datangnya sebagai hadiah buat diri ini
katanya sebagai mengenang jasaku yang tidak terperi
Melahirkan putera puteri
Hasil cinta kami


Perfume ini
Harum seharumnya
Mengingatkan kami
Episod bermulanya sebuah cinta
Di bumi anbiya' yang penuh warna-warni
Menjadi saksi aku memilihnya
Kerana kesabaran dan kesungguhannya
Menjadikan aku suri dihatinya

Terima Kasih duhai kekasih hati
Kerana mampu buat kejutan ini
Sesungguhnya harum perfume ini
Tidak seharum cinta nan suci
Antara kau dan aku kini
Bahagia hingga ke syurga nan hakiki.......

( Dreams unlimited - Body Shope )

Libur Hari Minggu...




Semalam ( 02/05/11 ), adalah hari cuti sempena cuti hari pekerja. Jadi pada minggu lepas, mama berkesempatan cuti lama bersama bonda mama di Sri Pulai. Seronok tidak terkata, biarpun jarak antara rumah mama dengan rumah bonda mama bukanlah jauh sangat, lebih kurang 40 minit saja perjalanan.

Memandangkan suami nan tercinta sedang sibuk bergasak dengan nota2 kuliahnya kerana peperiksaan hari ini ( Selasa ), mama lebih banyak duduk di rumah bonda mama. Melayan karenah anak2 dan sempat melayari beberapa blog baru untuk dibaca. Sekurang2nya mama tidak kebosanan di rumah. Ada juga yang mama buat.

Mama juga sempat menziarahi anak saudara baru mama. Itupun dalam tempoh yang amat singkat, memandangkan kami kena balik ke Pontian sebab esok budak2 ni dah sekolah. Banyak persiapan yang tak buat lagi, gosok baju, kemas buku dan macam2 lagi. Sempat juga mama mendukung baby Hadif , maklum, bezanya dengan baby Auni hanyalah 2 bulan sahaja. Wajah Hadif iras abangnya Haikal cuma mungkin Hadif lebih tanpan sikit.Heheheheh.......

Oh ya, yang paling penting, mama sempat ke Jusco, bawa bonda mama jalan2 sambil mencari hadiah istimewa buatnya sempena hari ibu. Apa ya? Nantilah mama tulis dalam entri yang seterusnya. Seronok sebenarnya bila jalan2 bersama insan yang tersayang. Paling seronok kalau semuanya ada........

Monday, May 2, 2011

2 months 1 weeks Auni Hayati

Today, Auni with Abang Nukman.....

Seriusnya puteri mama.....


Bila Auni besar nanti, pasti mama akan rindukan kaki yang kecil dan comel ini....


Juga, tangan yang menggenggam tangan mama........moga tangan ini jugalah yang akan memimpin mama bila mama sudah tidak berdaya lagi.....


Dewasalah dikau menjadi insan yang terpuji, wahai puteriku Auni.....



Assalamualaikum...

Syukur pada illahi
Berkat susu ibu, Auni semakin sihat berisi
Sudah pandai senyum , berbicara walau tidak difahami
Tetapi mama bangga dengan semua ini
Semuanya kerana susu ini
Anugerah tidak ternilai daripada illahi.

Mama bersyukur lagi
Berat Auni mencapai 4 kg pada 28/3/11 tempohari
Mungkin sudah meningkat kini
Semuanya kerana susu ini
yang Auni minum setiap hari
Tiada tandingan di dunia ini
Kerana mama bilang inilah susu yang paling berkualiti
Semulajadi hadiah daripada illahi.

Buat Auni
Mama berazam lagi
Untuk teruskan penyusuan ini
Memang cabarannya sungguh tinggi
Meminta kesabaran yang cukup tinggi
Semata-mata untuk puteri ini
Yang mama doakan akan menjadi muslimah sejati
Permata yang bernilai tinggi
Yang bakal berbakti
Untuk agama, diri, keluarga dan juga bangsa sendiri........

Memories....